“Dulu Saya Suka Cari Pasal, Lepas Je Kenal Aeril… ,”- Wawa Zainal Kongsi Momen Awal Perkahwinan

Share

Pasangan selebriti popular Aeril Zafriel dan Wawa Zainal sering menjadi perhatian ramai dek kemesraan dan kebahagian yang dikongsikan di media sosial. 

Kedua-dua pasangan itu ditemui di One Utama, Petaling Jaya bersempena Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gambatte Systema berkata, masing-masing mempunyai kelebihan dan keburukan tersendiri. 

“Lelaki dan perempuan ini ada ego tersendiri. Macam Wawa, dia kena faham kalau saya marah jangan terlalu ambil serius selagi kemarahan itu tidak melibatkan anak-anak dan kerja,” kata Aeril kepada MH. 

Dalam pada itu, Wawa sempat memberi nasihat agar wanita diluar sana tidak perlu cepat melenting dalam sesuatu perkara. 

“Sebagai perempuan jangan perbesarkan isu remeh temeh..

“Macam saya dulu, saya suka besarkan isu walaupun benda itu remeh temeh, tapi selepas kenal Aeril, dia jenis seorang yang penyabar dan penyanyang, jadi saya banyak belajar dari kesilapan,” kongsi Wawa. 

Kedua dua pasangan ini juga merupakan duta bagi produk kebersihan gigi, Systema mengakui bahawa perkahwinan di usia muda bukanlah sesuatu yang mudah.

“Kematangan dalam rumahtangga. Itu sahaja rahsianya. Terutama perempuan, mereka cepat melenting dan suka memperbesarkan sesuatu isu,walhal ia adalah perkara remeh..

“Kami dulu kahwin muda, jadi masa awal perkahwinan saya seorang yang suka cari pasal benda2 remeh temeh..tapi sebenarnya perkara itu boleh menyekat rezeki keluarga,”kongsi Wawa. 

“Bila keluarga okay, tiada pergaduhan, rezeki senang masuk macam air,” akhiri Wawa. 

Dalam pada itu, Aeril sempat berkongsi beberapa tips untuk mengukuhkan rumahtangga bahagia. 

Published by
Amynur Akmal