“Dulu Selalu Berangan Nak Nyanyi Dengan Uteh Satu Pentas,” – Hajat Kaka Azraff Duet Dengan Ella Tercapai Akhirnya

Share

Penyanyi, Kaka Azraff meluahkan rasa gembira apabila berpeluang membuat persembahan nyanyian di atas satu pentas dengan ibu saudaranya yang Ratu Rock, Ella.

Kaka telah digandingkan bersama dengan Ella buat kali pertama ketika membuat persembahan di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) yang bersiaran langsung di saluran TV3 pada Sabtu.

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Kaka atau nama lengkapnya Noor Atiqa Noor Azraff mendedahkan untuk membuat persembahan nyanyian bersama Ella adalah merupakan satu impian besar bagi dirnya.

Dalam pada itu, penyanyi yang kini sedang berbadan dua ini berharap dirinya berpeluang untuk melakukan persembahan bersama penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Sembilu itu di sebuah konsert yang berskala besar pada masa akan datang.

“Kecik-kecik dulu selalu berangan “Nak nyanyi dengan Uteh ( @ellaaminuddins ) satu pentas.”

“Our first time di satu pentas besar , thank you @beritaharian @abpbh34kitabersama . One day nanti, kita ada konsert besar bersama pulak.

“Tak salah berangan, mana tau jadi kenyataan jugak,” tulisnya.

Kaka dan Ella telah menyanyikan dua buah lagu berjudul Nuri dan Kesal yang pernah dipopularkan oleh Ratu Rock Malaysia itu sebelum ini.

Foto: Instagram Kaka Azraff

Published by
Nazar Rafiqhi