Menerusi review makanan terbaharu Atierah Zulfatie atau Beby Tora, instafamous itu dilihat mula menampilkan suami sebagai peneman dan pengkritik makanan.
Gelagat pasangan ini makan bersama di depan kamera cukup mencuit hati. Namun wajah si suami jadi perhatian gara-gara dikatakan seiras Khai Bahar dan Lan Solo.
Namun ada juga yang mengkritik cara pasangan ini menikmati hidangan, katanya tak elok membiarkan suami makan di dalam bekas makanan.
Gaya makan pun seiras. Patutlah berjodohan.
Netizen turut menyifatkan pasangan ini sebagai bertuah kerana Beby Tora tidak perlu memasak dan menyediakan hidangan untuk suami.
Semuanya terhidang depan mata dan diberi secara percuma.
Foto – Instagram Beby Tora