Pelakon jelita, Nina Iskandar kini sedang meniti saat untuk melahirkan anak pertamanya.
Menerusi entri terkini di Instagram, aktres tersebut ada berkongsi cerita berlakon sebelum dan ketika hamil bersama peminatnya.
Bintang berusia 28 tahun itu mengimbas, sebelum benar-benar hamil, dia terpaksa mengenakan bantal sewaktu penggambaran untuk tampil seperti hamil.
“Dulu shooting letak bantal setiap kali kita nak kena adjust bantal tu supaya tak pecah lubang. Sekarang ni kita tak perlu nak adjust, dia yang adjust sendiri.
Ads
“Semoga anak Mama sihat kat dalam tu Maternity wear by @9months_maternity,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat mendoakan agar urusan Nina untuk melahirkan bayi itu nanti dipermudahkan.
Ads
Untuk rekod, Nina mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April lalu dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos lalu di Forest Valley, Cheras.
Foto: Instagram Nina Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama pelakon Myra Nastasya baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila dia berkongsi kepada umum mengenai tindakan bapa kandungnya, Halim Othman, yang menukar butiran di sijil kelahiran tanpa pengetahuan dirinya.
Pemilik nama penuh Yusmyra Nastasya Abdullah ini menyatakan bahawa tindakan itu bukan sekadar mengguris hatinya, namun turut mengguris hati bapa angkatnya, Kenny Chan, yang selama ini menjadi figura lelaki yang banyak membantunya sejak kecil sehingga dewasa
Berkongsi kepada Media Hiburan tentang perkara ini, bekas finalis Dewi Remaja 2019 yang juga seorang jurulatih pasukan sorak ini menegaskan yang dia rasa terkilan dengan jawapan yang diberikan Halim Othman apabila ditanya mengenai perkara tersebut.
“Pada mulanya saya tidak mahu bertanya, Myra nak terus attack. Namun kawan saya menasihatkan saya untuk bertanya dahulu mengapa dia berbuat begitu. Saya pun mengharapkan satu penjelasan yang baik.
“Namun sebaliknya saya mendapat jawapan yang sangat menyakitkan. Dia berkata yang itu adalah keputusannya sendiri. Dia berkata tanpa gennya saya tidak akan wujud. Adakah ini cara seorang ayah patut jawab soalan kepada anak perempuannya?” kongsi Myra.
Imbas kembali dua tahun lalu, pengakuan yang dibuat Halim Othman dan Myra Natasya menyatakan bahawa hubungan mereka adalah sebagai bapa dan anak menggemparkan industri seni tempatan. Kenyataan mereka itu disambut baik ramai.
Namun di sebalik momen tersebut, wanita berusia 29 tahun ini berkongsi yang perkara tersebut sebenarnya terhenti setakat itu sahaja tanpa ada komunikasi yang berpanjangan.
“Selama 27 tahun hari-hari merayu untuk mendapat kebenaran dia agar orang tahu dia ayah saya. Namun akhirnya apabila saya ada nama dalam industri, dia pun terbuka hati dan kita sangat gembira.
“He tried so hard to be a father, tetapi hakikatnya dia tidak pernah menjadi seorang ayah dalam hidup saya.
“Sepas habis sahaja statement yang dibuat dan kemunculan kami di pelbagai talkshow hubungan kami setakat itu sahaja. Kami tidak bercakap langsung sejak itu sehinggalah baru-baru ini,” ucapnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Shiha Zikir menolak dakwaan susulan persembahannya menerusi lagu Aewo di final Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Ahad lalu mempunyai unsur syirik seperti mana yang didakwa segelintir netizen.
Menurut Shiha, 35, konsep persembahannya pada malam itu merupakan kesinambungan daripada video muzik lagu berkenaan dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan unsur syirik.
“Mana mungkin pihak TV3 mahu melepaskan konsep persembahan sebegitu (unsur syirik) kalau benar saya mahu mengetengahkan persembahan yang boleh memesongkan akidah.
“Sebenarnya ada jalan cerita berdasarkan muzik video Aewo. Kalau penonton tidak faham apa yang cuba saya sampaikan, mereka akan berfikir secara negatif,” katanya.
Shiha akui terkejut apabila timbul dakwaan susun atur set persembahannya di AJL36 dikaitkan dengan elemen dajjal seperti yang tular dalam media sosial.
Bercakap lebih lanjut tentang persembahannya itu lagi, bekas peserta program Mentor musim kelima itu menjelaskan bahawa dia sekadar mahu menyelitkan unsur pementasan dan lakonan mengikut koreografer yang telah bincangkan.
“Disebabkan kekangan masa untuk membuat persembahan berdurasi sekitar empat minit, apa yang kami boleh lakukan adalah mempamerkan konsep tarian (koreografer).
“Saya mahu tampil dengan konsep ala teater dan lakonan. Walaupun saya ‘melakonkan’ unsur syirik, tapi saya tidak pamerkan pengakhiran yang gembira.
“Saya tetap gagal mendapatkan ‘lelaki’ idaman itu. Jadi memang tidak ada kena mengena langsung dengan pandangan netizen,” katanya lagi
Bagaimanapun, Shiha tidak mahu cepat melatah dengan dakwaan yang dilemparkan netizen kerana faham setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.
Pada masa sama, Shiha juga mengakui mungkin konsep persembahan yang dibawakan pada malam AJL36 lalu itu kurang sesuai untuk rakyat Malaysia atas dasar sensitiviti.
“Mungkin persembahan sebegini tidak sesuai di Malaysia. Pada pandangan saya, orang yang menonton, mereka akan fikir perkara negatif dahulu.
“Apa-apa pun saya sangat berpuas hati dengan persembahan yang saya bawakan bersama Noki walaupun pulang dengan tangan kosong,” katanya.
Terdahulu, tular dalam media sosial konspirasi oleh netizen apabila mendakwa konsep persembahan Shiha pada malam AJL36 lalu seolah-olah mempunyai unsur syirik dan menyesatkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!