“Dulu Shooting Letak Bantal…,” – Nina Iskandar Kongsi Cerita Pegang Watak Hamil Sebelum Kahwin

Share

Pelakon jelita, Nina Iskandar kini sedang meniti saat untuk melahirkan anak pertamanya.

Menerusi entri terkini di Instagram, aktres tersebut ada berkongsi cerita berlakon sebelum dan ketika hamil bersama peminatnya.

Bintang berusia 28 tahun itu mengimbas, sebelum benar-benar hamil, dia terpaksa mengenakan bantal sewaktu penggambaran untuk tampil seperti hamil.

“Dulu shooting letak bantal setiap kali kita nak kena adjust bantal tu supaya tak pecah lubang. Sekarang ni kita tak perlu nak adjust, dia yang adjust sendiri.

“Semoga anak Mama sihat kat dalam tu Maternity wear by @9months_maternity,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat mendoakan agar urusan Nina untuk melahirkan bayi itu nanti dipermudahkan.

Untuk rekod, Nina mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April lalu dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos lalu di Forest Valley, Cheras.

Foto: Instagram Nina Iskandar

Published by
Nazar Rafiqhi