Di zaman yang serba moden ini kita boleh lihat hanya dengan kuasa viral dapat mengubah hidup seseorang. Daripada hidup seperti orang biasa dengan sepantas kilat boleh menjadi popular.
Tak dapat dinafikan, lambakan artis baru dalam industri seni sekarang ini juga banyak yang bermula daripada media sosial.
Baru-baru ini, MH ada terlihat pelakon popular, Jasmin Hamid berkongsi satu keratan artikel tentangnya dalam sebuah majalah suatu ketika dahulu di akaun Instagramnya.
Apa yang MH tertarik adalah, pelakon ini berkata dahulu untuk menjadi seorang artis bukan mudah manakala perkembangan artis hanya dapat diperolehi daripada medium media cetak seperti majalah dan surat khabar selain daripada media elektronik.
Katanya lagi, zaman sekarang ini berbeza dengan zamannya dahulu dimana sekarang ini hanya membuat video-video yang merepek yang tidak masuk akal dengan mudah sahaja mereka menjadi popular.
“Hi ouls ?
Siapa ingat dengan majalah Hai..? Dulu cerita artis hanya boleh di ketahui melalui majalah ataupun suratkhabar.. Kena tunggu di keluarkan di majalah ataupun suratkhabar, baru dapat tau perkembangan artis.. dan dulu susah nak jadi artis.. Sekarang ni, buat benda bodoh pun, boleh jadi POPULAR! ????
Itu baru di panggil RETIS.. Wartawan dulu ada etika untuk menulis.
Wartawan akan buat homework tentang individu yang ingin di interview.. Tiada kecam mengecam sesuka hati.. Tapi sekarang, semua di hujung jari.. Kes kecam amat berleluasa.. Sampai ada segelintir yang HILANG ADAB ?.. .,” tulisnya.
Rata-rata pengikut dan peminatnya juga dilihat bersetuju dengan perkongsiannya ini.
stacy_victoria: Betul ..dulu habis duit untuk beli majalah..magga hai dan nona intrend..tak pernah miss..tapi sekarang ketik ja dah tau hebat bukan..???
neeja.s.m.a.r.a11: Betul tu kakmin… dl klu dpt gambar artis mmg dah berlagak gloo dahh? perkembangan pun susah kena htr surat / kad raya bagai klu dpt balasan mmg rs WIN sgttt lompat2..? tp skrg………….??♀ sndiri mau ingat!!!! Tak HEBATTT
msmemama: Ingat…orang2 dulu bukan nk kata, lebih berhemah.Tengok artis dulu2 pun sepakat, jarang gaduh2 macam skrg.
MH juga turut bersetuju dengan perkongsian Jasmin ini, kesusahan artis dahulu untuk bergelar selebriti membuatkan mereka lebih menghargai wartawan dan karier mereka dalam bidang seni.
Namun begitu, MH juga memuji artis-artis baru yang naik dari media sosial ini kerana mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri dan dengan media sosial juga hubungan mereka dengan peminat tidak pernah putus.
Tak kira artis lama atau baru masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan tak dapat dinafikan peminat mereka tidak pernah putus memberikan sokongan dari dahulu hingga kini.
Sumber: Instagram Jasmin Hamid