Penampilan aktor popular, Remy Ishak yang dilihat menggayakan cincin hidung atau ‘septum ring’ ketika majlis tayangan perdana drama siri terbaharu ‘The Secret’ nyata menarik perhatian ramai.
Ketika ditemui media, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak memaklumkan cincin hidung tersebut adalah palsu dan ia digayakan sekadar suka-suka sahaja.
“Yang saya pakai ini hanyalah ‘septum ring’ palsu. Ia sekadar fesyen sahaja. Bagilah saya peluang nak cuba gaya baharu,” katanya kepada MH ketika ditemui di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, dia tidak kisah dengan kecaman daripada netizen meskipun dengan statusnya kini yang sudah bergelar bapa.
“Sewaktu zaman muda dahulu, saya tak boleh nak buat gaya sebegini. Kalau buat, saya akan teruk dikecam kerana status saya yang belum berkahwin dan tidak punyai anak.
Ads
“Pada saya, ketika ini, tak mengapa saya dengan gaya seperti ini. Saya tak peduli apa yang orang kata. Lagipun, kini saya sudah ada anak.
“Lantaklah sama ada orang nak kecam atau tidak,” ujarnya.
Bercakap mengenai berat badannya yang dilihat semakin kurus, bapa kepada seorang cahaya mata ini memaklumkan dia sebenarnya baru sahaja sembuh daripada demam dan jangkitan Influenza B.
“Demam bermula selepas saya selesai projek teater di Melaka. Pulang sahaja ke rumah, saya rasa penat sangat.
Ads
“Mulanya, saya ingatkan ia disebabkan kerja kerana proses rehearsal teater itu sangat berat dan memenatkan. Rupanya saya terkena jangkitan.
“Saya jalani kuarantin selama seminggu dan segala aktiviti penggambaran terpaksa ditangguhkan. Impaknya macam demam denggi dan berat badan saya turun daripada 85 ke 81 kilogram.
“Isteri saya pun terjangkit juga dan saya sangat risau keadaan anak. Alhamdulillah, antibody anak saya kuat dan dia okay,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Remy merupakan antara pelakon yang membintangi drama The Secret terbitan platform penstriman Viu.
Ads
Drama bergenre ‘investigative thriller’ ini menyentuh isu sensitif seperti buli siber, bunuh diri dan rogol yang jarang diangkat secara serius di dalam naskhah-naskhah lain.
Selain Remy, drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Fatimah Abu Bakar, Sarah Mack Lubis dan Lorenzo Imrann.
The Secret bakal ditayangkan di aplikasi Viu bermula esok, 22 Ogos sebanyak lapan episod.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bertudung kelabu, foto yang diambil secara selfie itu menyaksikan bintang yang sinonim menerusi drama Manjalara ini mendapat perhatian daripada peminat.
Malah, rata-rata peminat memuji penampilan Emelda yang kelihatan ayu memakai hijab.
“Cantik…semoga terus bertudung ye kak,” tulis peminat di ruangan komen perkongsian tersebut.
Ada memberikan reaksi terhadap komen yang ditinggalkan, isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramli mengharapkan peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.
“Amin mudah mudahan,” balas Emelda ringkas.
Sekadar informasi, Emelda mendirikan rumah tangga bersama Adlin Aman Ramli pada 22 Mei 2009.
Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Edra Rafael.
Foto: Instagram Emelda Rosemila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pembaca berita dan personaliti tv, Hawa Rizwana Redzuan ada berkongsi detik cemas ketika sedang melakukan aktiviti ‘jogging’ pada Jumaat.
Menurut Hawa, ketika dia sedang berlari, dia terserempak dengan sekumpulan anjing lalu cuba untuk mengejarnya.
Tadi nak jog, lepastu nampak anjing banyakk.. cuba teruskan, lepastu anjing anjing tu kejar, i pun lari la. Alhamdulillah ada kereta stop, i masuk kereta tu.. nasib baik la insan yang mulia tumpangkan ke tempat lebih selamat.. May Allah bless you
“Cuba teruskan, lepastu anjing anjing tu kejar, i pun lari la,” tulisnya.
Kisah mendebarkan itu dikongsikan oleh pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Bagaimanapun, detik cemas itu terhenti selepas ada insan yang berhati mulia kebetulan melalui kawasan tersebut mengajak Hawa menaiki keretanya lalu dibawa ke tempat yang lebih selamat.
“Alhamdulillah ada kereta stop, i masuk kereta tu.
“Nasib baik la insan yang mulia tumpangkan ke tempat lebih selamat.
“May Allah bless you,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Hawa turut merakamkan ucapan terima kasih buat individu yang telah menyelamatkanya itu selain turut mendoakannya supaya dia sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Hawa supaya jogging di kawasan yang lebih selamat dan seeloknya bawalah teman.
Sumber: Twitter Hawa Rizwana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ziana Zain mengingatkan para anak gadis untuk tidak membelakangi ibu bapa dalam apa juga perkara yang ingin dilakukan di dalam hidup termasuklah soal percintaan.
Menurut Ziana, ibu bapa sudah lebih dahulu makan garam dan mereka tahu apa yang terbaik buat anak-anak.
“Saya faham yang wanita ini hatinya lembut dan mudah jatuh cinta. Jadi, berhati-hatilah dan sentiasa jadikan ibu bapa itu sebagai penasihat yang kita kena dengar.
“Mereka hidup lebih lama daripada kita dan telah menyaksikan pelbagai perkara. Jangan pandang remeh apa yang orang tua-tua cakap. Sama juga dengan adik beradik,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Putus Terpaksa itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun yang ke-56, baru-baru ini.
Katanya lagi, banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum melangkah ke hubungan yang lebih serius.
“Sebelum berkenalan, tengok dan kaji dahulu siapa latar belakangnya dan keluarganya. Memang jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan tapi nasihat orang tua jangan diketepikan.
“Jangan pula kita kata zaman sekarang ini ibu bapa tidak tahu apa-apa. Bukan begitu. Tiada dahulu, tiada sekarang.
“Kalau tiada pengalaman dahulu, orang sekarang tidak akan tahu apa-apa,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut mengingatkan anak-anak untuk tidak melampaui batas dan menjadikan agama sebagai panduan.
“Saya pun tak berani nak cakap panjang kerana saya juga ada anak-anak. Pesan saya satu sahaja kepada mereka, jangan melakukan perkara yang melampaui batas.
“Sentiasalah jadikan agama itu sebagai panduan. Mereka masih boleh bergembira dengan kawan-kawan atau menonton live band tapi kena tahu batas.
“Saya seorang penyanyi dan dahulu pun saya suka menonton live band tapi bila cukup masa, saya balik. Kena tengok siapa kawan dan lawan.
“Kalau orang nak bagi barang tidak senonoh, jangan ikut. Jangan peduli kalau orang kata kita tak sempoi atau tak cukup perempuan. Kalau ia membawa kepada keburukkan, tak usah ikut,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, terus menjadi perhatian apabila tempoh tahanannya bersama pembantu peribadinya, Mail Syahputra, dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 1 Jun 2025.Perkara...