“Dulu Tak Kahwin Lagi Pun, Memang Saya Gemar Pakai,” – Che Ta Ada Inai ‘Instant’, Jual Harga ‘Kita-Kita’ Jer!

Share

Selebriti popular, Rozita Che Wan kini hadir dengan produk inai ‘instant’ dipanggil, Mazaville berkolaborasi dengan temannya, Anas Zahrin.

Menurut Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, ia menjadi fokus dunia bisnesnya ketika ini, apatah lagi dia sendiri memang peminat setia inai.

“Dulu kalau tak kahwin lagi pun, inai memang saya gemar pakai sebagai penambah ‘aksesori’. Selalunya, inai ini sinonim bila nak kahwin saja kan?.

“Tapi, sebenarnya tidaklah hanya terbatas masa nak kahwin. Dulu pun, kalau ada majlis kahwin, yang bujang ‘trang tang-tang’ menyelit sekali pakai inai,” katanya.

Che Ta menambah, dia sepatutnya melancarkan inai itu sebelum puasa lalu lagi.

“Tapi sibuk punya fasal dengan jadual shooting, maka baru sekarang  boleh launch.

“Masa shoot untuk tema fotografi produk ini pun kami tetapkan tradisional Melayu. Feeling pakai songket merah gelap lagi ala pengantin,” katanya.

Mengakui biarpun ramai mengusahakan perniagaan seumpamanya, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini percaya rezeki itu luas.

“Kami percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau kalian nak support inai kami bersyukur sangat-sangat.

“Harga pun bukan level kayangan. Harga kita-kita, memang ‘rakyat’. Hanya RM15. Jangan bandingkan dengan orang lain. Kita berniaga secara sihat, janji hasilnya letup. Nak jadi stokis pun dialu-alukan.

“Kami pun level ‘ikan bilis’ saja nak dibandingkan jenama popular lain. Harga ditetapkan pun sebab tahu ekonomi sekarang macam mana. Tapi biar beli bukan setakat sekali, tapi berkali-kali,” katanya lagi.

Dalam perkembangan seni,  baru selesai penggambaran sitkom 18 episod berjudul Lot 69.

“Sekarang ini, saya sedang melunaskan penggambaran 13 episod sebuah bual bicara di Go Shop.

“Saya juga kini diamanahkan menjadi juri tetap untuk dua buah program, namun belum boleh dimaklumkan lanjut lagi program apa,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Published by
MH