Naib juara program Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor 24, selamat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim,25, hari ini dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah pasangan itu dilangsungkan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Haji Harun Idris danberwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin.
Dalam majlis pernikahan ini menyaksikan hantaran sembilan dulang dari pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki.
Mas mas kahwin sebanyak RM3,000.00 serta seutas gelang tangan.
Usop Dan Nur Fatihah atau Teha mengikat tali pertunangan pada 4hb Nov 2021.
Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam inidan majlis resepsibagi pihak lelaki akan diadakan pada 13hb Feb 2022 di Kulim, Kedah.
Berkongsi mengenai perjalanan kisah cinta mereka, perkenalan Usop dan Teha sejak 2 tahun lalu dan diteruskan kepada ikatan pertunangan sebelum bergelar pasangan suami isteri.
Teha berkhidmat sebagai kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang selain membuat kerja sampingan iaitu berniaga barangan kosmetik.
Menurut Usop, dia memohon doa yang baik-baik daripada semua dan agar mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlisini.
“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.
“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.
Menyentuh mengenai cahaya mata, penyanyi lagu Sejarah Cintaku ini percaya kepada rezeki.
“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.
“Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: @kakiklikphotography
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ke-25 dan tanda penghargaan buat para pelanggan yang setia, Astro dengan berbesar hati membawakan tayangan ‘All Together Now Malaysia’ atau ‘ATNMY’ secara eksklusif di saluran Astro Ria dan platform digital.
Menepati tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’ dan konsep program realiti yang mengangkat semangat muhibah dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia, pentas ‘ATNMY’ bakal dibuka dengan sebuah episod istimewa Astro ke-25 yang dijadualkan untuk bersiaran secara eksklusif pada hari Sabtu, 11 September 2021, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Manakala konsert mingguan selama 10 minggu pula akan mengisi slot hari Ahad, jam 9.00 malam bermula dengan tayangan konsert minggu pertama pada 12 September 2021.
Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, pihakbya bersyukur kerana semuanya telah selesai dan berterima kasih atas penglibatan semua pihak.
“Alhamdulillah, kini segalanya telah selesai dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat.
“Justeru, fokus penting yang menjadi keutamaan kami adalah untuk bergerak ke hadapan demi memastikan variasi kandungan terbaik dapat terus disajikan khusus buat pelanggan kami,” katanya menerusi satu kenyataan.
ATNMY adalah sebuah pertandingan nyanyian adaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.
Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.
Selebriti popular, Sherry Al Hadad menggalas tanggungjawab selaku hos pentas utama.
Manakala program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pula dikendalikan oleh gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.
Pengacara, Aswad Jalil dan personaliti media sosial yang ini bergelar pelakon, Norreen Iman pula digandingkan sebagai ‘hos’ program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Seramai 50 juri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara dan personaliti media sosial telah dilantik untuk mengadili program ini yang diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’.
Nasib para peserta akan diadili oleh barisan 50 juri profesionalberdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah.
Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas tular kisah pelakon cilik, Puteri Balqis yang disiarkan menerusi sedutan program Bersamamu, penyanyi Haleeda mengambil kesempatan bertemu pelakon kanak-kanak ini.
Pertemuan tersebut adalah bagi mengetahui dengan lebih lanjut perihal kisah kehidupannya kini.
Jelas Haleeda, Puteri hanya mahu ruang untuk menyampaikan isi hatinya.
Antara luahan yang cukup terkesan ialah ‘hatiku telah mati dengan beribu kematian, ia satu keajaiban bagaimana aku masih mampu berdiri tegak dengan cinta dan setiap titisan air mata ibuku.
“As Salam duhai hati…Semua atas izinNYA…dan berbual dgn adik @rockingbalqis ..she’s a smart girl,very talented…Impiannya hanya mahu sedikit ruang fahami isi hatinya seperti dlm “38 Poems of Puteri Balqis”.
“Antara luahan adik Puteri ..my heart has died a thousand deaths,its miracle how am i still standing tall with the love and every secret bitter tears of my mother.
“Setiap apa jua yg berlaku hikmahnya sgt besar bagi hamba2NYA yg sabar..ada jalan penyelesaian dan sinar kebahagian itu …tq @syasya_sasha atas detik hatimu memaklumkan berita adik Puteri…Fii Amanillah,love &Smile.
“Ikuti #bersamamu #tv3 esok ya. Kpd u all yg mahu dapatkan hasil nukilan adik Puteri,blh check d IG nya ok..
“DIA MELAHIRKAN RASA DARI HATI YG DALAM*,” kongsinya.
Terdahulu, kisah pelakon kanak-kanak berusia 12 tahun ini yang mengidap sakit kronik dan terpaksa menyara kehidupan dengan menjual hasil penulisan mendapat perhatian masyarakat.
Foto : Instagram Haleeda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...