
Pelakon Elfira Loy ada berkongsi cerita tentang kisah anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf bersama peminat.
Menerusi entri yang dikongsi oleh Elfira melaluo akaun Instagram, bintang berusia 27 tahun itu mendedahkan ada yang samakan wajah Rayyan iras seperti wajah kanak-kanak Korea.
Meminta ramai supaya menyebutkan beberapa nama, pelakon drama Kum Kum The Series ini turut mengakui sepanjang hamilkan Rayyan, dia tidak pernah menonton naskhah filem dari Korea Selatan.
“Ramai kata Rayyan looks like korean boys, can you name any? Nak tengok sat.
“Dulu takde pun mengandung dok tengok korean movies,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, ada di antara peminat yang memberikan beberapa nama bintang Korea dan tak kurang yang turut memuji kecomelan anak pertamanya itu.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Apa Sufian Suhaimi Buat Di Hospital?’ – Ramai Keliru…Kenapa Tu?

Banyak kali MH gosok mata tengok gambar ini. Sufian Suhaimi sudah bertukar kerjaya?
Gambar memaparkan seorang lelaki mirip Sufian Suhaimi menjadi pengawal keselamatan di sebuah hospital sedang tular di Facebook selepas Sharizal Bin Razali memuatnaiknya di laman sosial mulsi tular.
Kapsyennya berbunyi, “Bawak mak pergi hantar makan kat ayah di Hospital Seri Manjung, dapat pulak jumpa Sopian Suhaimi. Bagus, sopan bicara, rajin orangnya.
“p/s: Abang Guard hensem ni namanya Shah Rizan.”
Di ruangan komen, netizen bersetuju wajah Shah Rizan seakan kembar penyanyi lagu Di Matamu itu.
“Betul2 move on pian ni. Bagus la tu, tinggal je dunia hiburan tu. Lagi kau lama lagi tu kena bahan.’
“Habis larhh nnt ramai orang yg datang hospital Manjung, bukan ramai sakit?, ramai datang nak jumpa kembar sufian suhaimi.”
Dalam pada itu, Sharizal juga dikatakan mirip kepada pelawak Syuk.
“Hahahahaha ada hati viral muka orang lain muka sendiri pun macam syuk pelawak.”
Foto : Facebook Sharizal Bin Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Ramai Minta Dibantu Termasuk Kes ‘Terberanak’ Di Hospital Swasta, Abby Abadi Timbul Idea Wujud Tabung Khas

Sejurus usai bantu seorang ibu melangsaikan bil hospital, Abby Abadi melahirkan idea untuk mewujudkan satu akuan khas untuk mengumpulkan dana bagi membantu mereka yang kesempitan.
Jelasnya, banyak permohonan yang diterima, antaranya tidak mampu membayar sewa rumah dan kehabisan susu dan lampin pakai buang untuk anak.
Malah ada yang mengalami masalah sehingga terpaksa bersalin di hospital swasta dan bayinya kemudian dimasukkan ke NICU dan memerlukan sejumlah wang untuk menyelesaikan bil hospital.
“Video sekadar hiasan. Nak minta pendapat.. tp jgn serius sangat ye. Tenang2 je kita sembang k.. Yg tidak membantu, tidak perlukan pendapat anda disini ye.
“Soalan Sy ialah: Patut ke tak patut Sy buka acc utk kita sama2 kumpul duit bantu mereka yg dalam kesempitan musim PKP ni?
“Atas nasihat suami @jaiezzany , suami kata lebih baik adakan satu tabung khas jadi ramai dpt merasa. Macam semalam kan.
“Alhamdullillah murah rezeki adik tu, dapat dekat RM6k. ALLAH gerakkan hati2 org yg baik budi disini utk bantu dia. Sampai ke malam ni ada org cari juga post tentang dia. Tapi Sy dah archive sebab dia kata cukuplah kak. Bagi org lain yg memerlukan juga.
“Dan punya baik adik tu, dia kata dia perlukan RM3K, selebihnya dia belikan keperluan utk jiran2 yg lain termasuk kucing jalanan yg dia & isterinya rawat & bagi makan. Hebatkan? Dalam kepayahanpun sudi berkongsi.
“So macamana kesayangan semua? Ramai yg minta dibantu ni.. ada ramai yg tak terbayar sewa rumah dan sebagainya, takde duit langsung nk beli brg dapur.. susu pampers anak, ada tu minta tlg sampai rm49k sbb terberanak kt hospital swasta & anak tak cukup bulan masuk NICU.. sian kan.
“Ps: Sy dah standby satu account kosong ni. Apa kata anda?,” kongsinya Abby.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Jelas Abby menerusi muat naik terbaru, akaun bantuan itu hanya sebagai cadangan dan dia tidak mampu membantu semuanya tanpa bantuan orang lain.
“Bincangkan. Sy cadangkan sebab terlalu ramai yg perlu dibantu & Sy tak sekaya Dato Aliff Syukri.
“Kehidupan Sy sederhana je. Tanggungjawab banyak & Tanggungan pun besar. Bantu manja2 bulehlah.
“Sekarang Sy ajak berjemaah & perlukan kasih sayang semua utk bantu mereka yg memerlukan.. ramaii kot! Marilah sama2 buat kebaikan.. takkanlah nk masuk syurga tak ajak kawan2 kan hehe.
“Oklah Sy share disini: Terpaksa juga bercerita supaya org yakin dgn Sy walaupun Segan sebenarnya.
“Sy buat kerja ni dah lama.. Musim2 PKP ni Sy berusaha berkongsi & menyumbang juga tp sbb kemampuan Sy terbatas jadi bila ramai yg dtg memohon bantuan dgn jumlah yg lebih besar.. Sy tak terdaya huhu.
“Gambar2 yg Sy sertakan ni adalah sebahagian bukti Sy buat kerja ni mmg tiada kepentingan apa2. Atas rasa tanggungjawab sebagai Hamba ALLAH & atas rasa kemanusiaan sesama kita.
“Mari fikirkan bersama. Kalau tak panggil Tabung sbb tak buleh kumpul Dana, nak panggil apa. Mari2 sembang jap hehe,” jelasnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Foto : Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kepsyen Dibuat Tanpa Pengetahuan Saya,” – Judika Tegur Pihak Pengurusan

Mengejutkan ramai pihak selepas memadam semua gambar dan menukar profil gelap di Instagram, penyanyi terkenal Indonesia, Judika menjelaskan perkara tersebut merupakan gimik bagi mengumumkan konsert jelajah asianya.
Bagaimanapun, Judika mendedahkan gimik tersebut sedikit berlebihan dan ada perkara yang telah dilakukan tanpa dijelaskan kepadanya terlebih dahulu.
“Memang ramai yang bertanya. Bukan sahaja kawan-kawan tetapi juga menteri. Mereka memikirkan saya akan mengundurkan diri daripada dunia muzik.
“Jujurnya saya tidak pernah melakukan konsep seperti ini dan ia telah dirancang pihak pengurusan. Perancangan ini dibuat bagi memastikan konsert pertama saya di Malaysia dan konsert jelajah Asia akan sampai ke pengetahuan peminat.
“Mereka cadangkan untuk gelapkan profil Instagram dan memadam segala gambar. Saya sebenarnya tak biasa dengan perkara seperti ni. Jadi, saya setuju sahaja.
“Ketika hari kejadian, saya juga terkejut kerana rupa-rupanya posting tersebut turut disertakan dengan kapsyen seolah-olah saya akan pergi dan buat netizen berfikir yang bukan-bukan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Rayuan Gombal itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin.
Jelas Judika lagi, dia sebenarnya terharu melihat respon rakan-rakan artis dan peminat yang sayang dan risau terhadap dirinya ketika itu.
“Disebabkan kejadian ini, rakan-rakan artis seperti Ari Lasso dan Anang terus mencari saya. Malah, saya sempat matikan telefon untuk beberapa jam kerana tak sangka resonnya akan menjadi sebegitu.
“Saya sempat memarahi pihak pengurusan kerana konsep ini tidak menggambarkan diri saya. Dari sisi lain pula, saya sangat terkejut melihat ramai yang menyayangi saya. Saya jadi terharu.
“Saya ini seorang yang tak peduli hal lain selain kerjaya muzik. Saya cuma mahu berkarya dan tidak memikirkan tentang sensasi. Orang suka atau tidak, saya tak kisah.
“Rupanya cinta mereka ini sangat dalam. Ada menangis dan ada juga berfikir terlalu jauh,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai respon segelintir pihak yang kurang senang dengan gimik promosinya itu, Judika berharap ia dapat dilihat dari sudut positif.
“Kalau mereka benar-benar peminat, mesti mereka nampak tujuan saya ini. Saya ingin berikan sesuatu yang istimewa buat mereka. Jangan melihat daripada sudut negatif.
“Bila nampak saya okay, mereka sepatutnya gembira daripada terus memikirkan perkara yang tak baik.
“Saya pun dah bercakap kepada pihak pengurusan, selepas ini, kalau ada perancangan apa-apa, tolong jelaskan perkara yang sebenar,” akhirinya.
Terdahulu, Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 21 Oktober depan.
Malah, Judika turut mengundang penyanyi Marsha Milan, Shila Amzah dan Haqiem Rusli untuk berkolaborasi dengannya di konsert itu nanti.
Tiket dijual bermula pada harga RM188 (Silver), RM248 (Rockzone Standing), RM299 (Gold), RM348 (VIP Rockzone Standing), RM388 (Platinum) dan RM799 (VIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI