Bermula sebagai seorang wartawan dan kemudiannya menceburkan diri dalam bidang lakon lagak ngeri, bintang baharu, Ahirine Ahirudin kini terus melebarkan sayap apabila kini bersama Prodigee Asia Talent (PAT).
Graduan Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berjaya menarik minat syarikat pengurusan artis di bawah Web TV Asia itu kerana dia dikatakan bakal menjadi penerus legasi kepada pelakon kebanggaan negara yang kini menempa nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh.
Menurut Ahirine, meskipun harapan yang diletakkan oleh syarikat pengurusan agak tinggi, namun, dia bersedia untuk berkerja keras demi melonjakkan namanya dipersada industri seni tanah air mahupun antarabangsa.
“Siapa je yang boleh sangkal kehebatan kerjaya yang telah dikecapi oleh Tan Sri Michelle Yeoh ini. Beliau sememangnya disukai ramai dan mempunyai nama yang sangat besar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Hollywood.
“Bila pihak menguruskan mengatakan saya ini sebagai Michelle Yeoh yang seterusnya, saya akui agak tertekan. Pada masa sama, saya juga amat berbesar hati kerana beliau sudah menjadi idola saya sejak sekian lama.
“Saya turut memasang impian untuk mengikut jejak langkah beliau. Saya sanggup memberikan segalanya untuk mencapai tahap yang telah beliau kecapi sehingga hari ini,” katanya kepada MH.
Ads
Ahirine yang amat meminati sukan permotoran dan muay thai ini turut menambah, kerjaya sebagai pelakon aksi lagak ngeri sedikit sebanyak telah membuka peluangnya untuk bergelar pelakon.
“Dulu, nama saya selalu ditolak bila hadir ke casting tapi bila dapat peluang untuk menjadi pelakon aksi lagak ngeri walaupun harus mengenakan topi keledar, saya dah gembira sangat.
“Saya tak kisah untuk bermula daripada bawah. Sebagai contoh, semasa berlakon filem Remp-it 2, pada mulanya, saya hanya ditawarkan peranan sebagai ‘body double’.
Ads
“Kemudian, pengarah, Farid Kamil nampak bakat saya dan berikan salah satu watak utama kepada saya,” kongsinya lagi.
Ketika lakonannya di dalam filem Gadis Jolobu dikritik hebat netizen sehingga ada yang menggelarkan dirinya pelakon ‘kayu’, Ahirine mendedahkan dia tidak berasa hati sebaliknya bersedia untuk menambah baik mutu lakonannya itu.
Ads
“Sebagai pelakon baru, saya akui banyak lagi ilmu lakonan yang harus saya pelajari. Saya tidak akan berhenti belajar dan akan cuba sehabis baik.
“Mungkin sebelum ini saya banyak berlakon sambil memakai helmet jadi, ekspresi wajah tak selalu nampak. Sekarang dah lain, saya kena bersedia dari segala aspek.
“Pihak pengurusan juga akan menghantar saya ke kelas-kelas lakonan sebagai persiapan untuk diri saya sendiri,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ahirine bakal tampil menerusi dua filem baharu itu What! The Heist dan Remp-it 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ahirine Akhirudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Korea Selatan, Song Joong Ki, 38, mengumumkan khabar gembira bahawa dia sudah berkahwin dengan teman wanitanya, aktres British, Katy Louise Saunders, 39.
Joong Ki memaklumkan perkara itu menerusi laman web kelab peminatnya pada Isnin.
Aktor itu turut mengumumkan isterinya kini sedang hamil namun tidak mendedahkan usia kandungan berkenaan.
“Kami impikan hidup gembira bersama. Kami berusaha untuk sentiasa berpegang pada janji antara satu sama lain dan bersyukur menyambut kehadiran orang baru (anak) dalam hidup kami.
“Hari ini (Isnin) dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang antara satu sama lain, kami kini dalam perjalanan pulang selepas mendaftarkan perkahwinan untuk memulakan hidup bersama sebagai pasangan suami isteri,” katanya.
Joong Ki menyifatkan isterinya seorang yang sentiasa menyokongnya malah menjadikan dirinya lebih baik dari hari ke hari.
“Saya berjanji untuk hidup bersama Katy Louise Saunders yang selama ini sentiasa di sisi saya. Dia seorang wanita yang baik dan saya amat menghormatinya.
“Terima kasih kepada dia kerana kehadirannya menjadikan saya lelaki yang lebih baik,” katanya lagi.
Pelakon drama Reborn Rich itu juga turut menghargai sokongan yang telah diberikan peminat terhadapnya selama ini.
“Buat peminat, terima kasih kerana sentiasa menyokong saya selama ini,” kata Joong Ki.
Joong Ki sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Song Hye Kyo pada 2017 selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Descendants of the Sun.
Bagaimanapun, jodoh mereka tidak kekal lama apabila disahkan bercerai pada Julai 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penghibur terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika ini sedang giat melakukan persiapan dari segi vokal bersempena dengan konsert jejalahnya, Siti On Tour 2019.
Lalu, penyanyi yang kini sinonim menerusi lagu Anta Permana itu turut berkongsi sekitar sesi persiapan, termasuk mendapatkan latihan vokal demi memantapkan lagi nyayian.
Bagaimanapun apa yang lucunya, gelagat Aafiyah yang merengek beberapa kali mengundang rasa terhibur di kalangan peminat, apatah lagi Tok Ti menerusi ruangan kapsyen turut berseloroh mengenai hal sama.
Video ‘comel’ itu dikongsinya beberapa hari lalu menerusi platform Instagram.
“Ibu ada kelas Vocal harini, Aafiyah plak yang excited nak belajar.. kuat plak tu suara dia .. hahahaha,” tulisnya ringkas.
Lalu, perkongsian tersebut meninggalkan pelbagai komen di kalangan peminat, termasuk rakan selebriti seperti Mira Filzah.
Dalam perkembangan lain, konsert jelajah tersebut bakal bermula di Istora Senayan, Jakarta pada 21 Februari 2019, diikuti Singapore Expo, Singapura pada 2 Mac 2019, Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019 dan berakhir di Royal Albert Hall, London pada 22 April 2019.
Apapun, All the best buat penyanyi nombor satu negara!
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza/Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Empat hari lepas, pelakon Nazim Othman atau dikenali sebagai Nazim telah memuat naik sekeping gambar bersama dengan seorang pelakon wanita, Puteri Aishah di akaun Instagram miliknya.
Melihat gambar tersebut, kelihatan Nazim dan Aishah sedang menghadiri satu kelas berenang dan ‘diving’.
“Gambar ni di amik sebelum kitorang masuk kolam. Nampak tak sis @puteriaishahofficial kekejungan di situ? Why?? Sebab dia takut air.”
“Takut dengan swimming pool , takut dengan laut. Tapi, hari ni dia dah membuktikan bahawa kalau seseorang tu ‘tak pandai berenang’ pun masih boleh amik lesen scuba dive.”
“She put aside her phobia and complete the session earlier. She did great today! Thanks to @ocean.lab.diver” tulisnya.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Ernie Zakri yang baru sahaja menerima pengiktirafan di SCTV Awards 2024, di Jakarta Indonesia,...