Categories: Uncategorized

“Dunia Hari Ini, Buruk Dihina, Cantik Disanjung,” – King Coco

Share

Instafamous, King Coco meluahkan kekesalannya dengan persepsi masyarakat kini yang terlalu memandang rupa seterusnya menghina golongan yang dianggap ‘buruk’.

Coco berkata demikian sebagai mengulas petikan berita berkaitan pengasas produk kecantikan, Aen Syahera yang sebelum ini pernah menjadi mangsa ‘body-shaming’ netizen.

“Kenapa harus menghina org berbadan gemuk? @aensyahera pernah hidup dlm dunia yg sering diejek, dihina dan tiada siapa yg peduli.

“Bila dh berubah, baru ada yg pandang dan lebih di hargai. Dunia hari ini, inilah hakikat sebenar yg kita harus terima! Buruk di hina, cantik di sanjung,” tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, kisah Aen pernah viral apabila dia mengakui pernah terfikir untuk mengambil nyawanya sendiri kerana tidak tahan diejek kerana mempunyai ‘wajah yang buruk’.

Bagaimanapun, dia mengubah fikiran dan berusaha keras untuk berubah menjadi seperti dirinya kini.

Pada MH, persepsi masyarakat perlu berubah dan berhenti memandang orang ramai dengan paras rupa. Bukankah kecantikan dalaman itu lebih penting daripada wajah?

Apa-apapun, MH harap agar segelintir netizen yang terlalu memandang paras rupa ini dapat mengambil pengajaran daripada apa yang dikongsi Coco. Ingatlah, wajah yang cantik itu tidak akan kekal, tapi hati budi baik itu ya.

Foto/Instagram: King Coco

Published by
Khaleeda Rashikin