“Dunia Tak Akan Fahami Anda, Siap Boleh Kena Label Mengada,” – Terima Kelemahan Diri, Sharifah Sakinah Titip Nasihat Buat Penghidap ADHD

Share

Pelakon, Sharifah Sakinah yang juga mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gangguan daya tumpuan dan hiperaktif ada menitipkan kata nasihat kepada orang ramai yang turut mengalami nasib sama sepertinya.

Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menyarankan agar penghidap penyakit ADHD tampil mendapatkan pengesahan doktor sekiranya sudah mulai merasakan simptom penyakit tersebut.

Jelasnya, gangguan ini sangat merumitkan selain memerlukan penelitian sangat tinggi daripada pelbagai aspek antaranya sejarah latar belakang keluarga.

“First of all, kepada yang rasakan ada simptom-simptom ADHD , bipolar ke,please get it diagnosed with the doctors,bukan satu tapi ramai. not self diagnosed from google.

“In my situation it took me three weeks of back to back interviews (sampai call family)and several test to get this diagnosis. It wasn’t as easy as online questionnaires and checklist of symptoms.

“ADHD ni people always assume hyper je. Well, it’s more complicated and broad than that such as overthinking, impulsive, trouble regulating their emotions etc,” tulisnya.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini berpesan untuk sentiasa mematuhi saranan serta arahan daripada pihak doktor.

Pada masa sama, bintang drama bersiri Girlfriend Dari Neraka ini menyarankan agar mereke menerima kelemahan dengan memupuk rasa sayang terhadap diri sendiri.

“Once dah diagnose, make sure follow elok-elok doctors prescriptions and advice, walaupun sebenarnya memang susah nak berdisplin.

“And the most important thing is get a good support system for our daily challenges. The world will not understand you, siap boleh kena label mengada atau over.

“In the end, we have to be kind to ourselves, self acceptance is the key. #suaraadhd @adhdtribemalaysia,” tulisnya lagi.

Sekadar informasi, adik kepada pelakon Sharifah Shahirah ini mendedahkan dirinya telah disahkan menghidap penyakit tersebut sekitar tahun 2019.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

Published by
Nazar Rafiqhi