Satu ciapan di laman Twitter milik aktor Zul Ariffin menarik perhatian netizen, sejak dikongsikan kurang 24 jam lalu.
Di dalam ciapan tersebut, Zul meninggalkan pesanan umum mengingatkan semua agar jaga makan demi kesihatan.
“Salam, semoga hari yang baik untuk semua.
“Jaga makan dan kurangkan makan cili (emoji lada) nanti menggelupur. Minum air banyak air ok, baik untuk kesihatan,” tulis Zul.
View this post on Instagram
Menyambut baik pesanan yang dibuat bintang filem Sangkar itu, bagaimanapun ada netizen berpendapat ia seolah-olah sindiran meski ia tidak dijelaskan secara terperinci.
“Deep sgt advice ni. Stay strong boss! And take care of your health too,” komen seorang pengguna Twitter.
“Deep,” komen ringkas peminat.
“Pedasss,” tulis peminat.
Namun, rata-rata dilihat memberikan titipan kata positif buatnya.
“Just be who you are boss. May Allah ease everything and grant you success and happiness always,” komen peminat.
“Good advice. Stay strong and take care,” reaksi peminat lainnya.
“Mantap boss harinie. Stay strong, stay healthy,” antara komen tertera.
Terdahulu, Zul didenda RM30,000 Selasa lalu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial pada Mac lalu.
Pendakwaan terhadap aktor itu dijalankan mengikut Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut Zul dia reda menerima hukuman dan enggan memanjangkan isu ini kerana tidak mahu membuang masa ramai pihak selain meminta para pelakon mengambil iktibar di atas perkara yang melibatkan dirinya itu.
View this post on Instagram
“Kita tak payah nak bercakap pasal kebenaran, orang pun tahu sebab semua orang tengok.
“Tak mengapa… tiada tindakan lagi dari saya sebab lain yang terbabit semua malaikat, saya seorang sahaja tidak.
“Kita semua buat silap, sekurang-kurangnya ini akan menjadi pengajaran kepada orang dan pelakon di luar sana. Jadi kalau disuruh ‘post’ tu jangan akur sangat.
“Kalau disuruh sampai beria-ria untuk ‘bakar’ dan tujuan promosi berhati-hati jadikan saya sebagai contoh,” kata Zul dalam satu temubual media.
Pada Mac lalu, perkongsian video Zul mempromosikan drama Perempuan Itu di laman Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Video memaparkan aksi Zul mendukung aktres baharu, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI