Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi cerita tentang keperibadian isterinya yang sentiasa menjadi tulang belakang dan pendokong semangat.
Ebit turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang solehah serta taat.
“Saya bisik pada bidadari saya setiap pagi. Hargai sedikit masa yang ada. I love you sayang. Terima kasih selalu jaga anak-anak. Didik anak-anak.
“I miss u bidadariku sayang. Rindu dan sayang sangat.. Dunia mungkin berubah tapi ada bidadari sayang dan anak-anak dimana pun rasa bahagia. Jika hati bahagia dimana pun kita akan bahagia.
“Setiap pagi selalunya dapat bercakap sekejap dengan bidadari tercinta. Lepas tu keluar rumah balik dah lewat malam.
“Jika ada masalah besar tiba-tiba tak balik beberapa hari. Tapi nak tahu tak, bidadari inilah yang selalu beri semangat dan doa,” tulisnya.
Ebit pada masa sama turut berdoa agar usaha kecil yang dilakukan diberkati seterusnya turut mendapat ‘bahagian’ buat keluarganya yang lain.
“Orang boleh cakap apa sahaja. Kita lalui dan pilih jalan perjuangan ini. Cukuplah Allah tempat bergantung berserah. Kita tak hidup untuk orang.
“Kita hidup untuk Allah sayang. Kepada Allah kita adukan kesedihan dan kesusahan. Sayang semua orang dan maafkan semua orang.
“Ya Allah jika ada pahala untuk sedikit usaha kecil ini saya hadiahkan pahala buat ibu bapa saya. Saya hadiahkan pahala buat bidadari ini yang sebenarnya pejuang.
“Tak banyak cakap, tak pandai komplen. Tak pernah mengeluh. Sentiasa hadiahkan senyuman. Banyak berkorban dan berdoa menangis untuk suami dan setiap insan atas dunia ini.
“Terima kasih bidadariku. Dari hati abang. I love you bidadari sayangku. Terima kasih bidadari sayang. (Tq Airis anakku selalu ambil gambar) -ebitlew,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Ebit Lew