Gelagat permata hati pelakon popular, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sering menjadi perhatian ramai dek kecomelan dan sikapnya yang bijak.
Misalnya, Aaisyah dilihat sudah pandai untuk menitikberatkan soal kecantikan dan penjagaan kulit wajahnya meski baru mencecah usia 7 tahun!
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Aaisyah berkongsi sekeping foto ketika sedang mengenakan ‘mask’.
“Masa utk kulit #aaisyahdhiarana,” kapsyen yang tertera pada hantaran berkenaan.
Serentak dengan itu, rata-rata warganet memuji rutin cantik anak selebriti terkenal itu.
“Kcik2 dh pndai jaga klit,” puji seorang peminat.
“Kecik² dh buat mcm², nt x Dan umoq 20 kulit muka hang dh rosak cah oii…,” tulis seorang warganet di ruangan komen.
“Kemain hang ecah,” tulis seorang warganet yang lain.
“Ecah ambil mask mummy ke tu? Besar ja,” tanya seorang warganet.
“Fuhh Ecah pandai jaga skin ya,” tulis seorang warganet lain.
“Buat pi lah apa pun Ecah, janji hang tak cemuih,” antara respon yang diberikan warganet.
Foto: Instagram Aisyah Dhia Rana, Rozita Che Wan