Pelakon, Intan Najuwa atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid kini sedang menunaikan ibadah umrah.
Turut sama dalam rombongan umrahnya ialah ahli keluarganya yang lain.
Serentak ketika menjejakkan kaki ke tanah suci, bintang drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu turut berkongsi beberapa keping foto Instagram, termasuk Insta Stories miliknya.
Menerusi ruangan komen, peminat rata-ratanya mendoakan agar urusan Intan sekeluarga dipermudahkan dan berjalan lancar.
Walaubagaimanapun, masih ada segelintir netizen yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan penampilannya selain mempertikaikan niatnya ketika di sana.
Intan menerusi Instagram Storiesnya turut berkongsi paparan komen yang berbaur negatif.
“Ada eh yang posing macam ni kat Jabal Uhud.
“Tak tahulah niat dia apa kat sana,” antara komen yang ditinggalkan dan turut mendapat reaksi empunya akaun berusia 23 tahun ini.
“Yeah itu terpulang kepada awak, kepada niat awak. I jarang balas komen orang tapi awak berdua sangat melampau. Fikir yang baik-baik boleh kan? Hati jangan busuk sangat. Niat I, I sendiri tahu. Antara I dengan Allah.
“Awak berdua tolong diam dan bersihkan hati yang busuk tu. Terima kasih,” balas Intan.
Semoga urusan bintang muda ini dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.
Foto: Instagram Intan Najuwa