“Eh Belum Lagi Lah,” – Nabila Huda Awal Sehari Ucap ‘Happy Birthday’, Comel Respon Tegur Kesha!

Share

Pelakon Nabila Huda terawal sehari dalam menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun anak tunggalnya, Kesha Laila yang ke-12.

Menerusi tangkap layar perbualan mereka di WhatsApp, anaknya memberitahu ucapan yang diberikan ibunya adalah awal.

“Ehh belum lagilah tomorrow. Awal sangat ni hahaha. Its 10 May today,” tulis Kesha disusuli emoji ketawa.

Lalu Nabila atau Abil menerusi kapsyen di Instagram pula menulis;

“Birthday anak sendiri pun she lupa, apa ntah lagi password instagram.”

Terdahulu Abil pada 7 May sebelum ini memberitahu peminat bahawa dia terlupa akan kata laluan akaun Instagram miliknya.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015.

Sebelum itu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada 2011.

Keisha atau nama sebenarnya Keisha Laila ialah cahaya mata hasil perkahwinan itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH