Pelakon, Ikmal Amry telah selamat bergelar suami kepada pilihan hati, Najla Shamsul menerusi sebuah majlis ringkas yang dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai pada Sabtu.

Lantaran itu, menerusi perkongsian di laman Twitter, Ikmal ada memuat naik sebuah video memaparkan dia dan isteri telah selesai menunaikan solat jemaah bersama buat pertama kali sebagai suami isteri.

“Eh dah ada makmum, Assalamualaikum. Selamat menjadi isteri yang baik eh,” katanya.

Ads

Bersama video berkenaan, Ikmal turut menitipkan ucapan bahawa dia akan mencintai isterinya itu sampai ke hujung nyawa.

Video berdurasi hampir 15 saat itu kemudiannya tular selepas meraih hampir 40,000 tanda suka dan turut dihujani ratusan komen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah romantis pasang tersebut selain turut mendoakan semoga Ikmal dan Najla akan kekal bahagia hingga ke jannah.

Ads

“Eh, Dah Ada Makmum…,”- Pertama Kali Solat Jemaah Bersama Sebagai Suami Isteri, Ramai Cair Tengok Telatah Romantis Ikmal Amry & Isteri “Eh, Dah Ada Makmum…,”- Pertama Kali Solat Jemaah Bersama Sebagai Suami Isteri, Ramai Cair Tengok Telatah Romantis Ikmal Amry & Isteri

Terdahulu, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali telah menyerahkan mas kahwih berjumlah RM300, wang hantaran RM15,000 berserta tujuh dulang hantaran.

Ads

Manakala, pihak pengantin perempuan pula membalas pemberian dengan sembilan dulang hantaran.

Majlis akad nikah disempurnakan bapa pengantin perempuan, Shamsul Kamar di kediamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sumber: Instagram Ikmal Amry

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI