
Isteri kepada penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) iaitu Rogayah Sulong berkongsi foto bersama suami di Facebook baru-baru ini.
Berlatarbelakang suasana desa, Rogayah dan UAI mengabadikan memori bersama sebagai pasangan suami isteri.
“Sayang… satu hari nt bila ank2 semua dah berkeluarga, pasti diorang akn tinggalkan kita.
“Rasanya inilah tempat yg paling sesuai utk kita habiskan sisa2 hidup kita berdua.
“Tempat yg jauh dr kesibukan kota, tenang dan damai rasanya. Eh dok ingat mu ada binim sorang agi. Ciss baru nok feeling2 tadi,” selorohnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia ke jannah.
Foto : Facebook Rogayah Sulong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jambangan Ros Merah Dari Fattah Buat Fazura Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kedua

Fattah Amin berkongsi kegembiraan di laman Instagram miliknya menerusi sekeping rakaman yang dimuat naik.
Menerusi video tersebut, Fazura nyata terkejut dan teruja dengan kejutan yang diberikan suami tercinta.
Aktor itu menghadiahkan jambangan bunga merah sempena ulang tahun kedua perkahwinan mereka.
“Loved you then, love you still, always have, always will. Happy anniversary Sayang, @missfazura,” tulis Fatah.
View this post on InstagramLoved you then, love you still, always have, always will. Happy anniversary Sayang. 💙 @missfazura
A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on
Nyata tindakan romantis pelakon Pujaan Hati Cinderella ini mendapat pujian peminat.
Rata-rata mendoakan agar pasangan ini terus bahagia harmoni.
Fattah dan Fazura selamat diijabkabul pada 27 November 2017 di sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara.
Foto : Instagram Fattah Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Beri 6 Bulan Dan Saya Akan Kembali Lebih Baik,” – Sham Visa Bergantung Dengan Steroid Untuk Kecederaan Peti Suara

Tidak mengharap dengan gelaran juara, berada sebagai peserta akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6) sudah cukup memuaskan hati Sham Visa.
Jelasnya kepada media, sudah ‘terlepas’ segala beban selepas 11 minggu berentap meski dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Luah penyanyi dengan nama Rohisham Hashim ini lagi, dia akan berehat selama enam bulan daripada sebarang aktiviti nyanyian demi memulihkan kecederaan peti suara.
Pada masa sama, bapa kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan terpaksa menggunakan steroid atas nasihat doktor untuk rawatan kepada sakit yang dialami.
“Lega rasanya dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak pengurusan untuk berada di peringkat akhir.
“Saya tahu saya tidak menepati kriteria, namun beri saya enam bulan dan saya akan kembali dengan lebih baik.
“Saya perlu merawat dahulu masalah Chronic Laryngitis atau kecederaan teruk pada peti suara. Buat masa ini sudah lima minggu saya bergantung kepada steroid.
“Saya akan mendapatkan nasihat doktor sama ada perlu teruskan penggunaan steroid, namun keperluan utama ialah untuk memulihkan peti suara.
“Ia untuk kebaikan ‘instrumen’ supaya saya masih boleh menyanyi dan menggunakan setidak-tidaknya tiga hingga empat tahun lagi sebagai penyanyi.
“Saya kena bergantung dengan steroid supaya peti suara terus kekal mengeluarkan bunyi walau tidak sempurna. Buat masa sekarang, tugas saya di GV telah selesai dan mungkin saya akan berhenti menggunakannya, ia tidak elok untuk jangka masa yang lama.
“Saya akan membuat latihan vocal secara manual untuk kembalikan kekuatan. Saya telah lama tidak menyanyi dan vocal cord saya sangat lemah,” jelasnya padat.
Tegas penyanyi berusia 48 tahun ini lagi, imej yang dibawa tidak pernah sesekali meniru watak adiwira Marvel, Iron Man, sebaliknya apa yang ditonjolkan merupakan dirinya yang sebenar.
“Sebenarnya ini bukan imej Iron Man. Rupa ini rupa saya dan tidak dibuat-buat. Bukan mahu meniru dan langsung tiada niat. Namun saya dilabel oleh orang yang melihat dan saya tidak pernah merasa begitu.
“Saya akan terus menjadi diri sendiri dengan seadanya,” katanya lagi.
GV6 menyaksikan Naqiu dan Hady Mirza diangkat menjadi juara dengan jumlah markah yang sama.
Sementara Jatt menduduki tempat ketiga, Nurfatima di kedudukan keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kadang Rasa Malu Pun Ada,” – 5 Tahun Kahwin, Idayu Sedar Pasti Ada Ingat Salah Seorang Dari Mereka Mandul

Penyanyi, Idayu mengakui kadang kala berasa segan apabila orang ramai mula bercerita mengenai soal zuriat memandangkan dia sudah tiga tahun menjalani bahtera perkahwinan.
Menurut Idayu, terkadang dia ada terfikir orang luar pasti mengaggap sama ada dirinya atau suami yang mandul meski sebaliknya.
Bagaimanapun, juara AF Megastar itu tetap reda dan menganggap masih belum ada rezeki untuknya menimang cahaya mata.
“Mesti anda ingat kami ini seperti merancang, sebenarnya tidak. Sangat tidak cuma Allah belum beri lagi.
“Kadang-kadang saya rasa malu pun ada. Ada kala dalam kepala saya ni terfikir mesti orang ingat salah seorang dari kami ni mandul,” katanya jujur.
Idayu berkongs hal berkenaan kepada MH ketika ditemui di Majlis Iftar bersama Penyanyi Lagu-Lagu Tema Drama Nur.
Ditanya sama ada Idayu dan suami pernah mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan, ini jawapan daripada penyanyi yang digelar Mariah Carey Malaysia itu;
“Saya ada pergi buat pemeriksaan tetapi suami saya belum lagi sebab sibuk bekerja.
“Dulu memang problemnya pada saya kadang kala saya ada masalah haid yang tidak tetap sebab stress bekerja.
“Tapi sekarang dah kembali normal dan kami masih lagi mencuba,” jelasnya lagi.
Majlis iftar tersebut dibuat untuk meraikan para peminat yang selama ini telah menyokong bukan sahaja drama popular Nur malah, lagu temanya juga.
Terdahulu, Idayu telah melansungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan, Sharul pada tanggal 15 Mei 2014.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI