Pelakon, Sasha Saidin ada menitipkan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran adiknya yang juga pelakon, Zain Saidin yang ke-37 tahun.

Kongsi Sasha menerusi hantaran di Instagram, dia mendoakan agar suami kepada Rozita Che Wan itu dipanjangkan umur dan dirahmati Yang Maha Esa.

Sasha yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Elite turut menerima perhatian apabila memberikan ucapan tersebut yang dipautkan bersama sekeping foto lamanya bersama Zain ketika masih kanak-kanak.

“Can I get an “Awwwww…” ? Happy 37th birthday my little brother Zain Da Pain @zainsaidin23. May you always be blessed with love and for many more years to come.

“Have a good one Zain Da Pain! Love ya loads! Xoxo. p/s Aaisyah looks just like you in this picture,” tulisnya sambil memberikan beberapa hashtag iaitu #ADashOfSash, #CommittedToTheCelopians, #DiaryOfADevotedDomesticatedDabawi dan #TheElusiveFairytaleOfTheHalfBloodPrincessSayang.

Ads

Meninjau ke ruangan komen, para peminat serta rakan memuji keakraban adik-adik beradik ini selain ada yang samakan wajah Zain dengan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.

Malah tak kurang yang turut memuji kecomelan mereka berdua.

Ads

“Eh Macam Aaisyah Sangat, Comel Dua Beradik Ni,” – Sasha Saidin Beri Ucapan Birthday Buat Zain, Peminat Puji Foto Mereka

“Eh Macam Aaisyah Sangat, Comel Dua Beradik Ni,” – Sasha Saidin Beri Ucapan Birthday Buat Zain, Peminat Puji Foto Mereka

“Eh Macam Aaisyah Sangat, Comel Dua Beradik Ni,” – Sasha Saidin Beri Ucapan Birthday Buat Zain, Peminat Puji Foto Mereka

Ads

Sekadar informasi, Zain telah berkahwin Rozita Che Wan sekitar tahun 2013.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang telah dilahirkan pada 1 November 2014.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zain Saidin (@zainsaidin23)

Foto: Instagram Sasha, Zain Saidin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI