Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon jelita, Mia Ahmad yang baru sahaja bergelar seorang ibu beberapa bulan yang lalu.
Baru-baru ini MH telah berkesempatan bertemu dengan Mia lalu sempat bertanyakan mengenai penampilam terkininya yang kelihatan sedikit susut berbanding sebelumnya.
Bagaimanapun, Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi mempunyai penjelasan yang tersendiri berhubung isu tersebut.
“Susut? Eh tak lah, mana ada makan hati, lagi pun benda dah lepas kan,” jawabnya ringkas.
Tambahnya lagi, selepas melahirkan putera sulungnya itu, dia sangat menitik beratkan amalan berpantang.
“Saya pantang betul-betul, saya masuk sauna pagi petang sebab memang nak kurus.
“Sebab waktu saya hamil, berat badan saya naik hingga cecah 20 kilogram, dari 48kg ke 68kg. Jadi rasanya macam besar sangat.
“Lalu, saya memang pantang betul-betul. Misalnya saya ada kunjungi sauna, bertungku dan sebagainya.
“Sebelum hamil berat saya 48kg dan sekarang 43kg, lebih kurus lagi dari sebelum ni,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Mia telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa, 8 bulan.
Dalam perkembangan lain, Mia kini turut menjadi wajah bagi jenama telekung jenama Blancheur bagi koleksi telekung terkini mereka, Arjana.
https://www.instagram.com/mia.ahm4d/p/BwgRYyqgUzP/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=2xxyr6bh4r2u
https://www.instagram.com/mia.ahm4d/p/Bv0dyCxA0ir/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=19us3niq2hct3
Gambar : Instagram Mia Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI