
Pelakon Scha Al-Yahya baru sahaja selesai menggalas amanah sebagai pengacara bagi program Dewi Remaja hinggalah pada episod finalnya, malam tadi.
Selesai saja program berkenaan, Scha difahamkan terus berangkat ke Dubai. Turut sama ke sana bersamanya ialah suami, Awal Ashaari.
View this post on Instagramannnnnd we are off ! Thanks everyone for making it happened tonight ♥️
A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on
“andddd we are off! thanks everyone for making it happened tonight,” tulis Scha.
Lantas, penonton mulai terkejut dengan posting tersebut dan menganggap peserta Dewi Remaja 2005/2006 itu sebagai seorang wanita cekal dan tidak mengenal erti penat.
Dalam pada itu, Scha sempat berkongsi video di Instagram Storiesnya kerana berjaya tiba di lapangan terbang tepat pada waktu.
Program yang dihoskan Scha itu berlangsung selama satu jam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Foto: IG Scha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takkan Nak Bagi Ibu Bapa Saya Duit Haram,” – Scha Elinnea Nafi ‘Dibela’ VIP

Hanya kerana mengecap kejayaan pada usia muda dan menjalani kehidupan yang diidamkan ramai orang, pelakon jelita, Scha Elinnea menafikan dakwaan kononnya dia ‘dibela’ oleh seseorang yang berstatus VIP.
Menurut Scha atau nama sebenarnya, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, segala kejayaan yang diraihkan ketika ini adalah hasil kerja keras dan titik peluh sendiri sepanjang bergelar anak seni.
“Tiada apa yang perlu saya ulas. Sudah lama dakwaan ini timbul tetapi ia tidak benar. Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bagaimana.
“Alhamdulillah, sehingga kini, saya tidak pernah terlibat dengan perkara seperti itu. Saya hanya sibuk dengan kerja sahaja. Tak pernah teringin nak dibela pun.
“Apa yang saya ada ketika ini adalah hasil kerja keras dan sokongan tanpa henti daripada keluarga, alhamdulilah,” katanya kepada MH.
Scha berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024 di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.
Tegas pelakon drama Nuh & Nayla itu lagi, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya tuduhan seperti ini masih berterusan.
Tambah Scha lagi, orang luar boleh melihat sendiri rutin hariannya yang sibuk namun, ada kalanya dia juga memerlukan waktu rehat untuk menenangkan diri.
“Setakat ini, tiada orang yang mempertikaikan kerja keras saya. Mungkin mereka pun nampak saya sibuk bekerja. Kalau cuti sekalipun, saya akan sibuk dengan kempen-kempen promosi atau hadiri majlis.
“Kalau saya mengambil cuti panjang, itu merupakan waktu saya berehat setelah sekian lama bekerja. Sudah tentu saya juga mahu pergi bercuti untuk tenangkan diri,” kongsinya lagi.
Ahli Keluarga Percaya & Faham Lumrah Anak Seni
Ditanya mengenai reaksi keluarganya selepas timbul dakwaan seperti ini, Scha bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga yang sangat memahami.
“Mereka memang percayakan saya seratus peratus dan tahu yang saya tidak akan buat perkara yang bukan-bukan.
“Malah, mereka juga memang kerap bertanya tentang aktiviti saya. Sebagai anak, takkanlah saya nak bagi duit daripada sumber haram kepada ibu bapa sendiri,” katanya.
Tambah Scha lagi, dia juga tidak mampu berbuat apa-apa jika ada pihak yang kurang senang dengan kehidupannya saat ini.
“Tidak kisahlah bagaimana rupa paras kita, kalau orang tak suka kita, kita tak boleh nak buat apa. Jadi, buat sahaja apa yang kita suka dan gembirakan diri sendiri.
“Jangan terlampau fikir apa yang orang nak cakap fasal kita. Nanti kita tak mampu nak menikmati hidup sepuasnya,” akhirinya.
Terdahulu, pada GMWA2024 ini, Scha tercalon untuk dua kategori iaitu Selebriti Digital Tergempak dan Drama Tergempak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anugerah Terindah Dari Allah,”- Bersalin Dua Minggu Awal, Fizo Omar Selamat Timang Baby Girl

Pelakon, Fizo Omar menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya sulung mereka awal pagi tadi.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurut Fizo, isteri serta bayi perempuannya itu kini berada dalam keadaan yang sangat baik meskipun dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.
“Alhamdulillah, another beautiful gift from Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal dari EDD (estimated delivery date).
“Ibunya selamat dan bayi juga comel. Setinggi penghargaan buat Andorra Hospital untuk layanan yang sangat baik. Kami sangat berpuas hati dengan layanan staf yang mesra,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Romeo Kota ini juga turut merakamkan ucapan penghargaannya buat para doktor dan petugas hospital kerana telah memberikan layanan yang baik buat isteri serta anaknya.
“Petugas-petugas kesihatan di bilik bedah juga sangat-sangat membantu untuk memenuhi permintaan kami terutama buay ibu dan baby.
“Terima kasih kepada pihak doktor kerana sentiada ada bersama kami daripada mengandung sampailah memudahkan urusan bersalin.
“Terima kasih diatas doa dari semua. Okaylah daddy nak on duty,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Fizo dan isteri.
Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri berkahwin pada Oktober tahun lalu selepas lebih setahun berkenalan.
Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Cakap Saya Dah Arwah Tu…, – Disangka Meninggal Dunia, Ini Respon Arin Raja Lawak

Gara-gara jarang muncul di kaca televisyen mahupun mana-mana platform media sosial, pelawak, Arin Auji menafikan khabar angin yang mendakwa dia telah pun meninggal dunia.
Menurut Arin, dia kini masih masih lagi sihat dan menjalani kehidupannya seperti biasa.
Katanya lagi, dia juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang perihatin dan mengambil berat mengenai dirinya.
“Hai, Assalamualaikum. Terima kasih kepada yang bertanya saya ada di mana. Saya ada sahaja di sini. Tak berganjak lagi.
“Yang cakap saya dah arwah tu tak mengapalah. Kecil punya hal. Janji Allah selalu ada dengan saya,” katanya.
Khabar tersebut dikongsikan sendiri oleh Arin menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok.
Dalam pada itu, Arin yang juga bekas peserta Raja Lawak musim ke-2 itu memberitahu, dia langsung tidak berkecil hati dengan dakwaan tersebut.
Sebaliknya menyerahkan segala kepada Allah SWT.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menzahirkan rasa rindu terhadap gelagat dan telatah lucu dario Arin.
“Mantap bang. Semoga sihat selalu dan sentiasa dirahmati Allah.
“Abang Arin. Pelwak favourite saya. Rindunya zaman tiada internet dulu. Rajin tengok lawak-lawak abang. Semoga sihat selalu.
“Semoga dipermudahkan segalanya bang. Rezeki Allah tu luas bang. Semoga terus maju dan sukses.
“Allahuakbar, Abang lagend ni. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.
Setakat ini, video berkenaan telah pun meraih lebih 30,000 jumlah tontonan.
Dalam perkembangan lain, Arin difahamkan sedang membintangi sebuah filem pendek yang berjudul Pipe On yang kini ditayangkan di saluran Youtube, Zul Huzaimy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok Arin Raja Lawak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI