Pelakon Anzalna Nasir menyifatkan dirinya cukup bertuah kerana dikurniakan suami yang cukup bertanggungjawab dan sentiasa membantu dalam melakukan apa sahaja tugasan.
Jelasnya ketika ditemui pada majlis akikah Mohamad Eidrees di sebuah hotel baru-baru ini, suaminya Hanif Zaki tidak pernah lepas tangan dalam soal penjagaan anak.
Sebaliknya, dia juga positif dan sentiasa sedia membantu hatta bangun di tengah malam semata-mata mahu menyediakan susu anak.
“Hanif seorang bapa yang sangat bertanggungjawab, dia tidak pernah meninggalkan saya membuat tugasan seorang diri. Selalunya apabila waktu pagi, Eidrees nak susu dan lampinnya penuh, Hanif yang akan bantu uruskan.
Syukur kerana saya mendapat rezeki suami dan bapa yang sangat bagus kepada Eidrees,” jelasnya jujur.
Hanya tersenyum mendengar jawapan ikhlas yang keluar daripada mulut isteri, Hanif turut menyatakan Eidrees sangat bertuah memiliki Anzalna sebagai ibu.
“Eidrees sangat bertuah memiliki Anzalna sebagai ibu kerana dia memberikan segala-galanya. Saya sibuk bekerja dan Anzalna berkorban masa di rumah.
Ads
“Keutamaan sekarang bukan lagi diri kami, semuanya mengenai anak. Malah pakaian pun semuanya digunakan semula yang lama, jarang sangat membeli belah pakaian atau barangan baru untuk dirinya sendiri.
“Namun untuk Eidrees ada sahaja yang baru,” selorohnya.
Bersyukur dengan perkembangan Eidrees, jelas pelakon jelita ini akui dia turut menunda sementara kerjaya lakonan sementelah mahu menjaga sendiri si comel ini di depan mata.
“Perkembanga Eidrees sangat baik, dia seorang yang berdikari. Pandai makan sendiri, malah untuk mandi pun dia yang buka air sendiri (ketawa).
Ads
“Selalunya jika saya bekerja, saya akan minta keluarga tolong jagakan Eidrees kerana saya tidak percayakan orang luar. Dan ini pun rezeki saya kerana dapat menjaga anak sendiri.
“Untuk berlakon pun saya terpaksa tunda dulu kerana kasihankan anak. Malah untuk menghadiri majlis selama dua hingga tiga jam pun saya susah hati terpaksa berjauhan,” katanya lagi.
Berbalik kepada isu majlis akikah, walaupun kedengaran suara-suara nakal menyatakan ia satu pembaziran kerana diadakan cukup mewah, namun bagi pasangan ini, ia masih mengikut kemampuan mereka.
Ads
“Sebenarnya malam ini apa yang kami mahukan hanya keberkatan dan disebabkan itu kami menjemput keluarga, rakan terdekat, anak-anak yatim dan asnaf untuk sama-sama meraikan.
“Sebenarnya majlis ini mengikut kemampuan kami. Walaupun mereka kata ini pembaziran, namun ini rezeki Mohamad Eidrees dan dia satu-satunya anak kami. Saya tidak kisah berbelanja. Kami berkongsi rezeki bersama,” jelasnya.
Terdahulu, Anzalna meraikan majlis akikah anaknya, Mohamad Eidrees dalam suasana yang cukup mewah dihadiri keluarga, teman rapat, asnaf dan anak-anak yatim.
Pasangan ini telah berkenalan lebih 14 tahun dan mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi di laman media sosial Instagram milik pelakon Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd Razak ada berkongsi sekeping foto bersama ibunya.
Bukan itu sahaja, bintang berusia 30 tahun ini turut memuji kecantikan wajah insan tersayang itu di ruangan kapsyen
“My mother is the most beautiful woman in the world. i love you Mama Salam Maulidur Rasul,”
Kumpulan wanita tempatan, Dolla pula muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
Penampilan Dolla adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin menjalin kesamaan wanita lewat audio dan memperjuangkan kesamaan dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara dan Dolla sebagai wajah hadapan merupakan wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the “best” EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.
Dolla yang dianggotai empat anak gadis berbakat iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel begitu teruja saat mendapat khabar berita ini.
“Kami tak mampu nak luahkan perasaan kami sekarang. Ia satu penghormatan yang besar buat sebuah kumpulan nyanyian seperti kami yang baru hendak bertatih dan kami harap kami akan dapat terus memenuhi harapan para peminat ,” jelas Sabronzo.
Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2019 itu mula menggegar industri muzik tempatan dengan penampilan mereka yang agak berani serta gaya persembahan yang mengagumkan.
Mempertaruhkan gerak tari yang lincah dan gaya penampilan fesyen yang sensasi, kumpulan ini terus meraih pengikut dengan jenama muzik kontemporari yang mereka persembahkan.
Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka ‘Dolla Makes You Wanna’, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air.
Mereka kemudian melancarkan lagu, ‘Impikan’, berserta versi Bahasa Inggerisnya, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020. ‘Impikan’ berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu dan meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea.
Mereka juga mengambil bahagian dalam sebuah lagu kerjasama anjuran ABS-CBN Filipina berjudul HEAL, sebuah kolaborasi bersama 13 artis-artis Wanita di Asia Tenggara. Pada tahun 2021, DOLLA juga sempat mengeluarkan ‘Raya Raya Raya’, sebuah lagu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lagu tersebut telah meraih empat juta tontonan di YouTube.
Untuk rekod, Dolla menjadi artis ketiga Malaysia yang ditampilkan di papan iklan berkenaan selepas Yuna, dan bintang baharu Layla Sania baru-baru ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Awal Ashaari berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibu kepda isterinya yang juga pelakon dan pengacara, Scha Alyahya iaitu, Junainah Hashim telah pun meninggal dunia pada pagi Sabtu.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Awal menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
“Dengan dukacita memaklumkan ibu mentua saya, (Ibu kepada Scha Alyahya) Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.40 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur,” tulisnya.
Pada masa sama, Awal turut memaklumkan jenazah ibu mentuanya itu telah pun selesai dikafankan akan disolatkan selepas solat Asar.
“Jenazah telah dikafan dan akan disolatkan di
Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
“Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sejurus selepas Asar,” kongsinya lagi.
Sementara itu, aktor berkenaan turut memohon doa kepada Allah SWT agar ibu mentuanya diampunkan segala dosanya.
“Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakan dia dan ampunilah dosa serta kesalahannya,” ujarnya.
Sebelum ini, Scha pernah berkongsi ibunya sudah lima tahun menjalani rawatan dialisis akibat masalah buah pinggang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Scha Alyahya & Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...