
Pelakon, Datin Paduka Eina Azman, tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan dia memotong giliran pengambilan vaksin yang turut membawa kepada isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei hingga 7 Jun ini.
Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, dalam satu kenyataan memohon maaf sekiranya perkongsiannya di media sosial menyinggung sensitiviti dan rasa kurang senang sesetengah pihak.
“Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.
“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Tidak timbul istilah memotong giliran mengambil vaksin seperti dakwaan segelintir pihak. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.
“Justeru itu, saya mengambil pendekatan untuk memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada menjadi bertambah rumit.
“Saya juga berharap mana-mana pihak tidak menambahkan lagi salah faham berhubung isu ini.
“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham. Assalamualaikum!,” katanya.
Terdahulu, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan memotong giliran sebaliknya pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Abdullah berdasarkan rujukan doktor pakar.
Pasangan tersebut menerima vaksin pada 25 Mei di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak berdasarkan masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Balik Klinik Ambik Ubat, Terus Masing-Masing Sengih Macam Kerang Busuk,” – Ardell Aryana Hamil Anak Sulung

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Nadzmi Adhwa dan isteri, Ardell Aryana yang kini sedang menantikan kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup mereka.
Malah perkara gembira tersebut turut dimaklumkan keduanya menerusi Instagram pada Jumaat.
View this post on InstagramA post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
Ardell pada awal mengesyaki dirinya mengalami keracunan makanan lalu meminta suaminya untuk melakukan pemeriksaan di klinik.
“Mula-mula (ingat keracunan makanan sebab sebelum ni masuk hospital sebab keracunan makanan, sebab keadaan nya sama) cuma muntah kuning sampai lembik, muntah-muntah-muntah adalah lebih 20x sehari, rupanya rezeki Allah nak bagi tak perasan pun kehadiranya (Nak ikut saya sama-sama buat misi kemanusiaan bulan 1 ni agaknya baby ni) inshaallah.
”Ceritanya, Pukul 11pagi macam tu rasa nak pergi Klinik (sebab tak percaya dengan penilaian mata sendiri) huhu,” tulisnya.
Malah dia turut bercerita mengenai situasi dia dan suami saat doktor mengesahkan mengenai kehamilannya.
“Alhamdulillah Double Line, mula check sendiri kat rumah saja2 (sebab mula2 dulu beli ada lebih 1) tanpa terfikir akan positive terus try sebab malas simpan tiba-tiba (sampai lah blur tahap level kurang cerdik aku sebanyak 80%) sampai 10x baca kat arahan tu 1 line apa 2 line apa walaupun sebelum ni pernah try tapi naik 1 line, tak tau time ni rasa macam mana ( ada yang macam saya ? ).
”Terus cakap kat wawa jom pergi klinik jap, dia cakap sakit ke ?nak pengsan ke ?? Saya tak cakap apa, Terus tunjuk ni haa 2 LINE , dia cakap sambil main game kt hp .. hmm ingat kenapa tadi risau saya , takpela awak belum rezeki kita jangan sedih.
”Saya pun dengan kening bekerut terus cakap kertas ni cakap 2 LINE pregnant dia terus haaa ???siapa pregnant ? Dengan masing2 blur dan mendiam kan diri terus ke klinik sah kan. Masuk bilik doctor setelah bagi Botol air kencing’z . Doctor kata tengok ni baik-baik, air urine awak.
”Kalau dekat UPT saya ni naik 2 LINE bermakna awak memang SAH hamil ( naik terus beberapa saat 2 line ) wawa punya terkejut waktu tu mcm kelakar ada sedih pun ada. Balik klinik amik ubat , terus masing2 sengih macam kerang busuk tapi diam seolah-olah masing2 sedang berangan & di awang-awangan.
”Cuma membingungkan berapa lama dah agak nya awak dalam perut saya wahai anak? Nanti umie check hari lain ye. Harini cukup hari ini dulu saya kongsikan berita ini . Alhamdulillah rezeki Allah pada kami, doa kan semoga Anak dalam kandungan ini sentiasa sihat & doa kan saya juga, ini sahaja perkongsian saya saat ini.
”NEXT sy akan kongsikan berapa lama dah usia nya dalam kandungan saya inshaallah,” tulis Ardell panjang lebar.
Pasangan selebriti terbabit mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.
Foto: Instagram Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Tak ‘Free Hair’ Lagi, Ini 8 Artis Wanita Kita Yang Sudah Manis Bertudung Tahun Lalu

Manis dipandang, tidak dinafikan kini kian ramai artis wanita kita yang mengambil keputusan untuk mengenakan hijab dan perubahan positif ini nyata mengundang senang peminat.
Malah, penampilan sedemikian juga sekali gus membuatkan masing-masing tampak lebih ayu berbanding sebelumnya.
Nah, ini tujuh selebriti kita yang kini selesa tampil bertudung sehingga Disember lalu.
Ernie Zakri
Penyanyi Ernie Zakri mendapat perhatian ramai apabila dilihat mulai berkongsi penampilannya yang mengenakan tudung di media sosial Mac lalu.
Terbuka berkongsi, penyanyi Boneka ini turut menyatakan hasratnya untuk bertudung sudah tersimpan lama.
Bagaimanapun, niat tersebut semakun utuh kuat selepas seluruh dunia diuji dengan pandemik Covid-19.
Kilafairy
Penyanyi dan pelakon Kilafairy tampil ayu dengan imej berhijab sejak awal Jun. Tidak lagi sinonim dengan imej seksi, anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini turut mengambil keputusan untuk membuang semua foto lamanya di Instagram yang tidak menutup aurat dengan baik.
Cik Manggis
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin turut mengambil keputusan untuk terus bertudung sekitar Jun lalu.
Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam ini menerusi temu bual bersama media memaklumkan, dia bertudung atas kehendak sendiri dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak.
Masih kekal aktif dalam seni, bintang berusia 30 tahun ini turut menambah, suaminya Syazmin Firdaus Aminuddin turut gembira dengan penampilan barunya itu.
Tash Yong
Pelakon dan penyanyi, Tash Yong juga ambil keputusan dengan berhijab kini sejak Aidiladha lalu. Tash atau nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia Rosli menjelaskan, dia bertudung kerana Allah SWT dan meminta ramai mendoakannya agar terus istiqamah.
Fathia Latiff
Tahun ini, pelakon dan penyanyi, Fathia turut meminta doa ramai selepas kembali mengenakan tudung. Tahun lalu, bintang ini menjadi perhatian ramai selepas bertindak membuka tudung selepas berhijab kira-kira empat tahun sebelum ini.
Malah, dia juga dilihat telah memadam semua gambar yang tidak memakai tudung di laman Instagram.
Hannah Delisha
Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha beberapa bulan lalu mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya berhijab di Instagram dengan kapsyen “Bismillah…”.
Menolak andaian sesetengah pihak yang membayangkan dia berubah kerana mahu berkahwin, pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch ini sebaliknya mengakui dia mengambil keputusan murni itu kerana Allah SWT.
Zara Zya
Pelakon, Zara Zya, 35, membulatkan tekad bertudung sejak awal September lalu. Sebelum ini, bintang drama Seadanya Aku dan Korban Kasih itu dilihat memuat naik gambar bertudung hingga menarik perhatian pengikut.
Ika Nabella
Ibu kepada seorang cahaya mata ini mula berkongsi mengenai dirinya yang kini tampil bertudung sekitar bulan lalu.
Ika menerusi laporan media mendoakan agar dirinya kekal istiqamah Jika betul ini penghijrahan, saya harap ia berkekalan dan saya kekal istiqamah.
Malah, pelakon Bahagia Bukan Bidaan itu mendedahkan dia sudah lama berhijab, tetapi tidak dikongsikan dalam laman sosial.
Foto: Instagram Selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Setlist’ 37 Lagu & Bakal Tampilkan Band Eropah Haymaker, A.C.A.B Akhiri 30 Tahun Perjalanan Muzik Pada Konsert Bring Back The Bootboys!

Kumpulan rock alternatif, A.C.A.B yang cukup sinonim dengan skinhead dan muzik oi! sejak awal penubuhannya pada 1994 bakal mengakhiri perjalanan muzik mereka selepas 30 tahun menerusi konsert 30th A.C.A.B Final Concert di Zepp Kuala Lumpur pada 21 Disember depan.
Bertemakan ‘Bring Back The Bootboys’ sebagai simbolik kepada gaya mereka ketika di kemuncak karier, konsert berkenaan juga bakal menghimpunkan anggota asal termasuk menampilkan persembahan istimewa daripada band Eropah, Haymaker.
Penyanyi dan pemain gitar utama, Megat Hafiz, berkata dia bersama anggota kumpulan lain mahu meraikan perjalanan muzik mereka sepanjang 30 tahun menerusi konsert berkenaan.
Katanya, selepas berakhir konsert 30th A.C.A.B Final Concert, masing-masing akan membawa haluan sendiri.
“Saya bangga dengan apa yang A.C.A.B sudah buat selama 30 tahun, jadi kami hendak raikannya dengan konsert terakhir di Zepp KL. Apakah yang lebih baik daripada mengakhiri dengan mereka yang membentuk kita sampai hari ini?
“Ada yang tanya kenapa dibubarkan? Jawapannya, A.C.A.B sudah capai matlamat dalam arena muzik tempatan dengan menyatukan pendengar daripada pelbagai latar belakang.
“Terima kasih semua atas sokongan sejak dulu, saya harap dapat bertemu semua orang dalam meraikan A.C.A.B untuk kali terakhir,” katanya pada sidang media konsert 30th A.C.A.B Final Concert di Timeless Studio, Mutiara Damansara, pada Selasa.
Demi mengubat kerinduan pengikut setia mereka, Megat akan bersama dengan anggota lama dan baharu A.C.A.B yang lain seperti Edy (gitar), Zul (dram), Sham (bes), Azrin (dram), Irfan (dram), Mono (bes) dan penampilan Andy kumpulan Flop Poppy selaku pemain bes.
A.C.A.B menjanjikan ‘setlist’ merangkumi 37 lagu daripada pelbagai album seperti Eastern Oi!, Skinhead 4 Life, Orang Timur, Bangun dan This Is The A.C.A.B.
Turut bakal dimainkan nanti adalah single ‘hit’ seperti Unite & Fight, We Are The Skins, Streets Of Uptown, Anti-Racist termasuk Demonstration ‘95 Revisited (mini album 2020).
Imbas kembali, A.C.A.B ditubuhkan pada penghujung 1994 dikenali sebagai kumpulan skinhead dan Oi! Malaysia yang terawal.
Kumpulan itu sukses mencipta jenama, gaya dan genre tersendiri yang dikenali sebagai Eastern Oi!, manakala lagu berjudul Skinhead 4life tersebar ke seluruh dunia sehingga dimainkan beberapa kumpulan dari pelbagai negara termasuklah Eropah dan Amerika Latin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI