Semalam, penyanyi, Andi Bernadee baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29.
Bagi menjadikan hari tersebut penuh bermakna, rakan-rakan Andi dilihat telah membuat kejutan dengan menaburkan tepung gandum ke arah kepala penyanyi tersebut.
Video berdurasi hampir 10 saat itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Penat itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
“It’s not even 30 yet,” tulisnya.
Bagaimanapun, video tersebut ternyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang menyifatkan rakan-rakan Andi seperti sengaja membazirkan bahan makan lebih-lebih lagi sewaktu musim pendamik Covid-19 ini.
Malah, ada juga yang beranggapan bahawa tepung tersebut seeloknya disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Ads
Namun begitu, rata-rata netizen danrakan artis tetap menitipkan ucapan selamat hari lahir selain turut mendoakan semoga Andi sentiasa dimurahkan rezeki.
Ads
Terdahulu, single terbaru Andi yang juga merupakan original soundtrack (ost) bagi drama Ryan Aralyn yang berjudul Penat telah pun meraih hampir 3.6 juta tontonan di laman Youtube selepas hampir dua bulan ia dimuat naik.
Sumber: Instagram Andi Bernadee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun putus cinta, penyanyi Shawn Mendes kini dikatakan sudah kembali berpacaran dengan bekas teman wanita, penyanyi Camila Cabello.
Perkara itu hangat diperkatakan selepas kedua-duanya dilihat berkucupan mesra ketika menghadiri konsert Coachella yang diadakan di California, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Shawn dan Camila sebelum ini menamatkan hubungan mereka pada November 2021 selepas dua tahun bercinta.
Pasangan ini dikatakan mula bercinta sejak bulan Julai 2019.
Kemunculan di majlis anugerah MTV Video Music 2019 adalah penampilan pertama Shawn dan Camila sebagai pasangan bercinta selain menghiburkan peminat dengan lagu duet hit mereka, Senorita.
Sepanjang tempoh pandemik melanda dunia pada 2020, pasangan ini menghabiskan masa bersama dengan mendiami kediaman di Miami.
“Kami habiskan masa bersama dengan menunggang basikal di sekitar Miami dan momen itu sesuatu yang sangat indah untuk dikenang,” kata Shawn.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon meningkat naik, Nik Rifaie menafikan dakwaan yang mendakwa dirinya menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk memikat wanita dan mengajak mereka melakukan perkara tidak senonoh.
Menurut Nik, dakwaan tersebut sememangnya tidak berasas dan dibuat tanpa usul periksa untuk memburukkan namanya.
“Sejujurnya saya sangat sibuk dengan penggambaran. Bila anda tunjukkan kepada saya video tersebut, baru saya tahu. Saya ingin jelaskan, individu yang dimaksudkan itu bukanlah saya.
“Lagipun, dalam video berkenaan tiada disebut pun nama saya. Dia hanya menyebut salah seorang anggota ‘running group’ popular.
“Seperti kita tahu, running group yang sedang popular ketika ini adalah Challo Run. Saya pula memang aktif dengan kumpulan tersebut. Bila group ini viral, secara tidak langsung nama saya terpalit sama.
“Ruangan komen terbuka kepada semua orang. Saya sendiri tak tahu kenapa nama saya dipetik,” katanya kepada MH.
Nik berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Rahsiamu Selamat Denganku yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, Nik turut memaklumkan dirinya tidak pernah menggunakan sebarang aplikasi mencari jodoh kerana merasakan ia bukan cara yang sesuai untuk mencari pasangan.
“Saya tahu sekarang banyak sahaja aplikasi cari jodoh seperti Tinder. Umur saya pun dah 26 tahun jadi saya tahu saja aplikasi-aplikasi seperti itu.
“Tapi untuk mencari jodoh di tempat-tempat seperti itu saya rasa kurang sesuai.
“Bagi saya kalau nak mengenali seseorang itu lebih baik kita jumpa secara depan mata. Lebih senang nak berkenalan dan bersembang,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nik menyedari terdapat akaun palsu yang menggunakan gambar dan namanya untuk mengambil kesempatan dengan berniat jahat.
“Ada sahaja orang yang menggunakan nama dan gambar saya untuk membuat akaun palsu. Tapi apa yang saya boleh kata, saya memang tak ada aplikasi-aplikasi tersebut.
“Saya tahu banyak sahaja akaun palsu di media sosial. Orang boleh guna nama dan gambar kita sewenangnya.
“Sekiranya ada yang menggunakan kesempatan ini untuk berniat jahat, tak bestlah. Orang lain buat jahat, kita yang kena. Saya sudah menjadi seperti kambing hitam pula,” katanya.
Sebelum ini, tular video pempengaruh di TikTok berkongsi kisah daripada pengikutnya yang mendedahkan salah seorang ahli kelab larian terkenal mengajaknya melakukan perkara tidak baik.
Menerusi perkongsian cerita itu, individu itu mendakwa dia mengenali ahli kelab larian itu menerusi aplikasi mencari jodoh.
Malah menerusi ruang komen perkongsian itu, ramai netizen memetik kelab larian ‘Challo Run’ dan juga nama Nik Rifaie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!