Pertandingan Miss Universe Singapore 2024 telah pun melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Charlotte Chia,26, dinobatkan sebagai juara baharu.

Eksekutif perhubungan awam itu mengalahkan 14 finalis lain untuk menggalas gelaran Miss Universe Singapore 2024 sekaligus mendapat hak untuk mewakili negaranya di pertandingan Miss Universe yang bakal berlangsung November ini.

Bukanlah orang baru dalam arena ratu cantik, gadis yang memiliki ketinggian 175cm sebelum ini merupakan Miss Singapore International 2019 dan merupakan juara Global Model of The World 2023.

Sumber foto: Miss Universe Singapore

Dalam temubual bersama media tempatan, Charlotte berkongsi perasaan terkejut dan tidak menyangka dia mampu memenangi gelaran tersebut kerana menurutnya peserta lain juga tidak kurang hebat.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih atas peluang yang diberikan. Saya akan lakukan yang terbaik untuk menggalas tanggungjawab ini.

“Telinga saya seperti tersumbat kebelakangan ini, jadi pada mulanya saya ingatkan salah dengar tetapi saya nampak ibu saya melompat bangun dan duduk.

BACA JUGA: Miss Universe Singapore 2024 Umum Finalis. Ibu Tunggal, Wanita Transgender Antara Yang Terpilih

“Saya sangat terharu dengan sokongan daripada orang ramai. Apabila penyampai datang dan bertanya apa perasaan saya ketika itu, saya tidak dapat meluahkannya. Saya hanya cuba untuk tidak menangis ketika itu,” kongsinya.

Dalam saingan finale yang berlangsung di Amber Lounge itu, 16 finalis yang bertanding kemudiannya dikecilkan kepada lima peserta terbaik untuk melalui sesi soal dan jawab sebelum diumumkan tiga pemenang utama.

Selain Charlotte yang bergelar juara, tempat kedua dimenangi oleh Adeline, 29, yang merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang cahaya mata. Manakala, tempat ketiga pula dimenangi oleh Olivia Dewi Cinta Higgins,29.

Qatrisha menjadi bualan ramai sebagai peserta transgender. Sumber foto: IG Qatrisha Zairyah

Melengkapkan kedudukan top 5 adalah peserta transgender yang menjadi bualan ramai, Qatrisha Zairyah Kamsir, 33, dan Amber Li,31, yang merupakan seorang perunding hartanah.

Setakat ini wakil Singapura belum pernah memenangi gelaran Miss Universe, namun tiga kali berjaya bergelar semi-finalis iaitu pada tahun 1983, 1987 dan 2021.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI