Mengharapkan agar hubungan yang dibina bersama insan istimewa dicurahi dengan kebahagiaan sehingga ke jenjang pelaminan, Elly Mazlein yang diberi keistimewaan dari team digitorial MH sebagai wajah pengenalan penghias muka hadapan versi digital tidak mahu lagi sembunyi…

Sebaliknya, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini sudah terbuka dalam berkongsi mengenai soal hati, apatah lagi mengakui dia kini sudah pun bersedia untuk kembali bergelar isteri, selepas menempuh satu fasa yang penuh onak dan duri.

Katanya, ‘bara yang tersimpan’ sebolehnya mahu dipadam, ditinggalkan jauh-jauh demi mencari sinar kebahagiaan baru.

[EKSKLUSIF] Elly Mazlein Sensitif Soal Jodoh, Sedia Bergelar Isteri Sekali Lagi…

“Sejujurnya sejak awal, saya memang tidak berapa gemar untuk sembunyikan soal cinta buat peminat. Bimbang andai apa yang diperkatakan disalah erti, meski saya agak sensitif bila bicara soal jodoh. Jadi ada baiknya juga saya mengakui sedang mengenali secara rapat bersama seorang lelaki.

“Cuma belum bersedia untuk saya dedahkan wajahnya pada umum. Kalau boleh, biarlah ia jadi suatu elemen ‘surprise’. InsyaAllah bila tiba harinya nanti, saya akan perkenalkan si dia pada peminat.

“Ya, dia lebih mudah daripada saya, tetapi kami tiada masalah untuk meneruskan hubungan sementelah dia sendiri seorang yang matang dan kami saling cuba memahami sisi hidup masing-masing memandangkan lapangan kerja kami juga jauh bezanya. Dia cikgu, saya pula selebriti,” kata Elly yang mesra disapa Kak Lina ini.

Diajukan persoalan mengenai sejauh mana skala hubungan serius hos program Bintang Mencari Bintang ini bersama jejaka asal Kelantan itu, Elly memaklum di sendiri sudah pun merancang untuk bertemu dengan keluarga pihak sebelah sana.

[EKSKLUSIF] Elly Mazlein Sensitif Soal Jodoh, Sedia Bergelar Isteri Sekali Lagi…

“Memang saya sudah betul bersedia bergelar isteri. Kami kini sedang melalui suatu fasa hubungan yang serius. Dah mula rancang bulan ini untuk bertemu dengan kedua ibu bapanya. Ada juga ahli keluarganya yang sudah saya bertemu. Cuma ibu bapanya di Kelantan jadi saya perlu ambil masa agak panjang ke sana, sambil bercuti, insyaAllah.

“Apa pun, saya mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku. Mahu juga peroleh kebahagiaan macam orang lain.

IKLAN

“Tidak sabar rasanya untuk tempuh alam rumah tangga. Malah, saya juga mahu kongsi kebahagiaan dengan anak, Putri Sara Sephia Hanafi. Saya mahu pastikan kali ini dia ada insan bergelar Papa di sisinya, siang dan malam,” ujarnya lagi.

Perjelas Isu Mahu Solat Berjemaah Dengan Suami

Pada masa sama, perkongsian soal bunga cintanya juga turut ‘dikuis’ dengan elemen senasi apabila bintang asal Perak ini turut mengakui tidak sabar untuk solat secara berjemaah dengan suami, bila bergelar isteri buat kali kedua nanti.

Malah, berita itu turut dikongsikan menerusi media sosial.

“Ya…sebab saya daripada dulu bukan seorang yang jenis bukan nak rahsia-rahsia. Kali ini pun sama, rasa lebih terbuka kerana saya pun ingin merasa apa yang saya tak pernah rasa. Memanglah pada saat ini saya bersolat secara sendirian, maksud saya kalau sudah berkahwin nanti, saya impi untuk solat berjemaah dengan suami.

“Tak pernah merasa momen itu, jadi saya ingin merasalah kalau diizinkanNya,” terang Elly jujur.

[EKSKLUSIF] Elly Mazlein Sensitif Soal Jodoh, Sedia Bergelar Isteri Sekali Lagi…

IKLAN

Malah, Elly juga memaklumkan sebagai manusia yang tidak sempurna, dia juga berdoa untuk menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari.

“Saya ingin punyai keluarga baru sendiri, jadi ibu dan isteri yang baik. Jadi anak yang baik dan pastinya, insan lain juga sedang berusaha untuk menjadi lebih baik ke arah kebaikan. Jadi sudah tentulah saya mengharapkan sinar baru dengan hubungan yang baru ini, insyaAllah…,” kongsinya.

Mahu Kekal Sihat Demi BBB, Tiada Guna Wajah Cantik Tapi…

Memulakan aktiviti seni terkininya sebagai hos untuk program Bintang Bersama Bintang (BBB) musim terbaru di TV3, Elly berazam mahu menggalas amanah produksi rancangan realiti itu dengan baik.

Lebih-lebih lagi apabila dia diberi peluang mengenalikan program tersebut secara solo. Pastinya ia memerlukan lebih stamina dan fokus yang bukan sembarang.

“Ahad lalu bermulalah perjalanan saya dalam program BBB. Syukur kepadaNya kerana diberi kepercayaan sebagai hos dan suatu cabaran baru juga kerana inilah kali pertama saya menjadi pengacara sendirian. Sebelum ini dibantu rakan pengacara lainnya.

“Saya sendiri tidak pasti apa sebab utama mereka memanggil saya untuk menerajui racangan tersebut. Cuma apabila diberi peluang, saya cuba berani dan yakinkan diri kerana setidaknya, apa yang nampak potensi dan tentu saya cuba berikan yang terbaik.

IKLAN

[EKSKLUSIF] Elly Mazlein Sensitif Soal Jodoh, Sedia Bergelar Isteri Sekali Lagi…

“Mungkin juga kerana personaliti saya yang bersahaja ketika menjadi pengacara sebelum ini mendapat maklum balas yang baik meski terdahulu ada juga yang pesimis. Apapun, saya hanya jadi diri sendiri dan akhirnya ada yang tidak berapa suka itu sudah boleh menerima saya seadanya.

“Jadi mungkin atas faktor itulah, mereka sudi memilih saya dan kepercayaan ini merupakan satu bentuk penghargaan yang besar buat saya,” kongsinya yang turut memberitahu, dia sentiasa mengamalkan pemakanan sihat demi kelangsungan kerjaya.

“Kalau nak bercerita mengenai petua cantik orang lama yang saya amalkan, rasanya tidaklah terlalu kerap. Yang pasti saya akan melakukan senaman selain mengambil menu sihat sehari-hari.

“Kurangkan makanan berminyak, ambil banyak air putih dan elak dari makanan yang terlalu manis. Itu sahajalah yang saya amalkan kerana bagi saya wajah yang cantik pun tiada guna jika kesihatan dalam tidak dititik beratkan. Kesihatan adalah segalanya bagi semua orang.

“Kalau kita sihat, hasil kerja pun akan jadi baik juga kerana saling berkait. Jadi saya lebih suka untuk titik beratkan soal kesihatan berbanding kecantikan. Sebab kalau tiada aktiviti seni atau penggambaran, saya lebih suka tidak kenakan sebarang solekan pada wajah.

“Biarkan kulit bernafas,” akhiri Elly yang bakal terlibat di dalam projek showcase amal Raikan Wanita yang akan berlangsung pada 30 Mac depan di Sime Darby Convention Centre.

………………..

  • Penyelaras: Maya Deen, Aizam & Sara Sufia
  • Teks: Rafiq Mazlan
  • Foto : Tuan Azman
  • Video: Sharinizam Othman & Tuan Azman
  • Arahan Seni: Mustaizzah Mokhtar & Mazlan
  • Solekan & Dandanan: Aizat Abdul Razak
  • Busana: COS
  • Dekorasi:  Weddings By Kita x Rekaputeh (Instagram: @weddingsbykita, @rekaputeh)

https://www.youtube.com/watch?v=CoPUe13D3dc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI