Memberi peringatan kepada netizen agar tidak mengenakan bulu mata palsu saat menyambut Aidilfitri, penyanyi Didi Astillah ada memuat naik video pendek yang merakamkan kakaknya, Bella Astillah yang dilihat menitiskan air mata.
Menerusi video tersebut, Bella Astillah dilihat membetulkan kedudukan bulu mata palsu dalam keadaan seakan-akan sedang menangis.
Namun apa yang melucukan, bulu mata yang dipakai tertanggal secara tiba-tiba pula.
Ads
“Video ni sebagai peringatan kepada kakak2 atau aunty2 yang pakai bulu mata palsu di hari raya tu hati-hati elakkan bergaduh dengan pasangan nanti tak pasal2 tercabut bulu mata pelesu uollssssss 🤣tak gitu kaklong ? @bellaastillah.
“p/s : mata kaklong pedih actually sebab contact lens dia,” tulisnya.
Penyanyi dan baru saja menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5), Safura Ya’cob mengundang rasa sebak dan pilu di kalangan peminat apabila memuat naik foto mencium arwah anak, Nur Aisyah Maryam.
Bintang yang sinonim menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu memuat naik foto pilu berkenaan menerusi Instagram miliknya, dua hari lalu.
Difahamkan, anak perempuannya itu meninggal dunia pada September 2011 lalu akibat mengalami demam berpanjangan.
Menerusi ruangan kapsyen, Safura menitipkan rasa rindu dan pilu atas sebuah kehilangan.
“Ciuman terakhir. Entah kapan aku akan bertemu anak syurgaku ini. Ya Allah rindu yang tidak tertanggung saat ini. Walaupun sudah 7 tahun meninggalkan kami.
“Segala cinta dan sayang kau bawa bersama. Pilu sebuah kehilangan, Nur Aisyah Maryam,” nukil Safura.
Safura turut mempunyai seorang anak bersama pelakon Shahronizam iaitu Yusoff Firdaus dan menerusi hasil perkahwinan sebelum ini, Safura dikurniakan dua anak, Nurul Natasha, 24, dan Muhammad Daniel Khaqim, 18.
WOW SAFURA!!!! MH berada di Singapura now ok. Ada event ramah mesra peserta GV yang dibawakan oleh SingtelTV dengan kerjasama Astro. Gerek seh!
Pelakon Ayda Jebat menjelaskan panggilan ‘aku dan kau’ yang kini menjadi persoalan netizen menerusi drama terkini lakonannya, Bukan Gadis Biasa.
Ulas Ayda, panggilan berkenaan memang berlaku dalam dunia realiti di mana suami isteri, ibu bapa dan anak-anak membahasakan diri sebagai aku dan kau.
“Ramai tweet and comment kenapa Jo panggil Pak Ya ‘aku kau’. Kurang ajar dan tak sesuai.
“Sebenarnya ramai je suami isteri, mak ayah dan anak, adik beradik panggil ‘aku kau’’ in real life. Kan?
.
Sebab tu dalam drama ni, Aisyah selalu pesan Jo ‘Mak.. tak baik cakap AKU dekat orang tua..’ maknanya yang tua tak semestinya betul, yang muda tak semestinya salah.
“Tunjuk contoh yang baik dari kecil. Melentur buluh biarlah dari rebung. Gitchew.
“So kalau dengar ayat ‘Aku ni lagi tua daripada kau, aku makan garam dulu dari kau.’ Okay jawab ‘Makan garam banyak tak baik untuk kesihatan. Nanti kena kencing masin.’
Pelakon Syafiq Kyle tidak berasa tergugat sebaliknya menyambut baik kehadiran muka-muka baru yang mewarnai industri drama dan filem tanah air kini.
Menurut Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, setiap pelakon akan diberikan peluang untuk menyinar namun, dia kini lebih matang dalam menguruskan kerjayanya.
“Siapalah saya nak bagi pendapat mengenai perkara ini. Saya belum cukup masak lagi untuk bercakap tentang pendatang baharu.
“Apa yang boleh saya katakan, saya juga pernah berada di tahap itu. Saya juga pernah disebut-sebut dan tidak disebut-sebut.
“Hal ini banyak mengajar saya. Pada mulanya, kita memang nak sangat kejar cita-cita itu.
“Namun, bila saya sudah menjalaninya, kini saya dapat melihat perkara yang lebih penting untuk diri sendiri, keluarga dan penyokong saya,” katanya kepada MH.
Syafiq berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaharu terbitan Viu, Terlanjur Cinta baru-baru ini.
Katanya lagi, kahadiran pelakon-pelakon baharu ini juga akan memberikan kepelbagaian dan kelainnan buat penonton yang menginginkan kelainan di dalam setiap naskhah.
“Dengan lambakan pelakon-pelakon baharu ini, ia akan memberikan kepelbagaian. Kita akan ada banyak pilihan seiring dengan platform yang kita ada ketika ini.
“Tidak akan ada lagi masalah muka hero dan heroin yang sama sahaja kerana barisan pelakon terus berubah.
“Penonton tidak akan rasa bosan lagi. Jadi, setiap orang ada peluang untuk memilih karya yang mereka suka,” ujarnya.
Pada masa sama, Syafiq turut memaklumkan dirinya tidak mempunyai masalah untuk berkongsi ilmu dan cara pembawakan diri dengan pelakon-pelakon baharu.
“Disebabkan terlalu banyak muka baharu,
Ada kalanya saya sendiri tak kenal mereka yang berlakon dengan saya. Saya akui, itu silap saya juga.
“Namun, tugas kita adalah untuk meraikan kehadiran mereka. Kita tak boleh nak mengatakan mereka tidak layak, tak boleh atau halang mereka masuk industri ini.
“Sebaliknya, kita kena tunjukkan kepada mereka bagaimana cara untuk bawa diri dan buat pilihan tepat. Kita pun bukan bagus sangat tapi lebih kepada berkongsi.
“Zaman mereka berbeza jika dibandingkan dengan zaman saya 10 tahun dahulu. Jadi, saya lebih menghargai kehadiran bukan sahaja pelakon tapi juga para pekerja belakang tabir yang sangat berbakat,” akhirinya.
Terdahulu, Terlanjur Cinta merupakan sebuah drama sarat emosi yang diarahkan oleh pengarah terkenal Erma Fatimah dan akan ditayangkan di platform penstriman, Viu.
Selain Syafiq, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Puteri Balqis, Datin Seri Ummi Aida, Khir Rahman dan Syafi Tee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...