Memberi peringatan kepada netizen agar tidak mengenakan bulu mata palsu saat menyambut Aidilfitri, penyanyi Didi Astillah ada memuat naik video pendek yang merakamkan kakaknya, Bella Astillah yang dilihat menitiskan air mata.
Menerusi video tersebut, Bella Astillah dilihat membetulkan kedudukan bulu mata palsu dalam keadaan seakan-akan sedang menangis.
Namun apa yang melucukan, bulu mata yang dipakai tertanggal secara tiba-tiba pula.
“Video ni sebagai peringatan kepada kakak2 atau aunty2 yang pakai bulu mata palsu di hari raya tu hati-hati elakkan bergaduh dengan pasangan nanti tak pasal2 tercabut bulu mata pelesu uollssssss 🤣tak gitu kaklong ? @bellaastillah.
“p/s : mata kaklong pedih actually sebab contact lens dia,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang meninggalkan pelbagai reaksi kerana menyangka ibu tunggal ini menangis kerana bekas suami.
Foto : Instagram Didi Astillah