Menjelang tahun 2035, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) optimis bahawa penjanaan pendapatan pelancongan antarabangsa boleh mencecah antara RM47 hingga RM77 bilion menerusi kemasukan seramai 16 hingga 22 juta pelancong antarabangsa.
Malah pada tahun ini sahaja, kerajaan menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong dari luar negara dengan pendapatan sebanyak RM8.6 bilion, menurut menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri.
Tambahnya lagi, sejak sempadan negara mula dibuka, minggu pertama mencatatkan kemasukan pelancong ialah seramai 252,000 orang.
“Kita masih memantau angka kemasukan pelancong dan tidak mustahil apabila negara seperti China dan Jepun sudah membenarkan penduduknya keluar, kita akan mencatatkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong itu nanti.
“Di MOTAC, kita sentiasa mendidik orang ramai bahawa Malaysia adalah negara yang selamat kerana kita sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) malah boleh dikatakan negara kita lebih bersih berbanding sebelum pandemik.
“Ini kerana SOP yang dilakukan, sanitasi setiap tempat dengan kerap, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka masih lagi diamalkan hingga kini,” katanya.
Ads
Beliau ditemui ketika merasmikan Kempen Pelancaran Perjalanan Selamat Kanak-kanak Oleh Ola Oli, Ahad lalu.
Objektif kempen itu adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar dan mengelakkan daripada terus berkurung di rumah dengan memperkenalkan makanan tambahan yang diperbuat daripada malt coklat.
Turut hadir pada majlis sama ialah Pengasas Ola Oli dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha.
Nancy berkata, dalam masa yang sama, kerjasama oleh beberapa agensi untuk menggerakkan sektor pelancongan juga amat digalakkan.
Ads
“Elemen pelancongan membabitkan kanak-kanak juga perlu dipertingkatkan, justeru saya turut menggalakkan setiap ibu bapa mendapatkan vaksinasi kepada mereka.
“Selain itu, umpamanya makanan tambahan juga penting untuk menggalakkan imunisasi kanak-kanak dengan produk buatan tempatan yang berkualiti tinggi dan pastinya berdaftar.
“Kempen ini dilihat mampu menyuburkan semula budaya ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ yang amat diperlukan pada masa ini, agar aktiviti pelancongan Keluarga Malaysia, dapat dilakukan dengan selamat dan terkawal,” katanya.
Sementara itu, Dr Shasa berkata, formulasi produk SupeOla Immu B+ dibuat bersesuaian dengan selera kanak-kanak yang tidak menggemari produk makananan yang berperisa buah-buahan.
Ads
“Objektif kami memperkenalkan Perjalanan Selamat Kanak-kanak adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar rumah serta menjalani kehidupan normal seperti sebelum zaman pandemik bagi menguatkan lagi institusi Keluarga Malaysia dan kembali memeriahkan sektor pelancongan negara.
“Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan itu juga sesuai untuk kanak-kanak yang sudah pun ke sekolah,” katanya.
Sementara itu, Penyanyi, Haiza yang turut hadir memberikan sokongan menyambut baik langkah yang proaktif yang diambil pihak terlibat di dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terus diutamakan meski negara kini sedang berada dalam fasa peralihan endemik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/oaroBHHqN-A
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Haqiem Rusli mendedahkan dirinya akan memulakan rutin diet selama 30 hari mulai esok.
Jelas Haqiem, selama tempoh tersebut, dia hanya akan mengamalkan diet yang sihat dan akan meninggal segala makanan kurang berkhasiat seperti biskut, coklat dan juga makanan segera.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pemenang Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP) itu menerusi sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Twitter.
Bermula lah esok diet selama 30 hari dengan pemakanan yang sihat,no more cookies,coklat and makanan2 fast food,sebab saya amek pek sebulan makanan sihat,nk tau makanan apa,esok saya share!
“Bermula lah esok diet selama 30 hari dengan pemakanan yang sihat, no more cookies, coklat and makanan-makana fast food, sebab saya amek pek sebulan makanan sihat, nak tau makanan apa, esok saya share!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Haqiem turut memaklum dia juga telah menempah set bekalan makanan sihat selama 30 hari.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar Haqiem dapat mencapai berat badan yang diinginya.
Dalam perkembangan lain, Haqiem turut meluahkan rasa terharu selepas muzik video lagu terbarunya yang berjudul Mimpi teleh meraih lebih 2,000,000 tontonan di laman Youtube dalam masa dua minggu.
Mencipta nama menerusi program realiti, Raja Lawak Musim Ke-5, Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man mendedahkan pernah ‘ditipu’ pihak produksi bagi menjayakan beberapa buah naskah yang dilakonkan.
Kongsinya menerusi Youtube Hashtag Malaysia, dia mengakui bahawa garisan dalam industri hiburan tidak seindah yang disangka kerana ada beberapa sisi hitam yang pernah dilaluinya sepanjang tempoh sembilan tahun.
“Kadang-kadang dalam industri seni ini, kita tak boleh nak agak ketika kita berada di atas, dan apabila kita ‘turun’
“Sekurang-kurangnya saya sedar saya bukanlah jenis seorang yang boros dan saya seorang yang berjimat-cermat jika satu hari nanti saya ‘turun’ dari industri. Jadi, saya ada ‘back-up money’.
“Ramai orang mempersoalkan saya ke mana saya menghilang, sedangkan saya pernah berada diatas dan wajah saya banyak muncul dalam mana-mana drama atau telemovie. Boleh dikatakan ketika itu merupakan zaman kegemilangan saya,” katanya.
Man.. Juara Raja Lawak Musim Ke-5
Namun, beberapa tahun kemudian, namanya semakin pudar dalam industri hiburan dan kelibatnya di kaca televisyen kurang menyerlah.
“Saya ada sahaja di belakang, cuma penampilan saya di depan lensa kamera kurang kerana ramai pelawak yang sedang meningkat naik dan makin maju kedepan,” akurnya yang pernah menerajui drama komedi, Man Pos Masuk Kampung.
Berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup sebagai anak seni, pelawak berusia 42 tahun ini akui bahawa ada beberapa pihak cuba mengambil kesempatan keatas dirinya.
“Bila kita dah tak ada ‘job’, kita nak kekalkan kehidupan untuk pelbagai jenis komitmen, saya terpaksa ambil juga.
“Ada juga job yang tak masuk akal harga bayarannya. Kerja sampai pagi hanya dibayar RM200, tapi saya ambil juga, daripada tak ada. Siapa lagi nak beri sedangkan saya pun dah tak ada kerja tetap. Inilah punca rezeki saya.
“Ada juga tanpa pengetahuan saya, mereka mengadakan set pengambaran di lokasi jauh dengan bayaran hanya RM500.
“Tapi saya tetap positif dan anggap itu sebagai pengalaman paling berharga,” jujur Man yang pernah menyertai kumpulan Puteh dalam MLM 2019, sekali gus dinobat sebagai juara.
Video : Youtube Hashtag Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pencipta kandungan media sosial popular Malaysia, Ammar Nazhan dan Aras, mencetuskan kontroversi apabila mereka didapati sengaja mereka kisah kehilangan teman mereka, Eykaa, di sebuah hutan di Bandung.
Perbuatan ini dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian dan meningkatkan jumlah tontonan di media sosial dan menjadi perbualan hangat warganet.
Namun di sebalik kekacauan yang berlaku, penipuan mereka akhirnya terbongkar apabila pihak polis Indonesia menjalankan siasatan dan mengesahkan bahawa senario yang terjadi hanyalah rekaan semata-mata.
Menurut laporanKumparanNews, polis pada Khamis mengesahkan bahawa siasatan mereka mendapati tiada sebarang insiden kehilangan seperti yang didakwa.
“Keterangan Ammar dan Aras menunjukkan mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut, RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu melalui TikTok dengan cerita sensasi bahawa pempengaruh Malaysia (Eykaa) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal,” ujar Kepala Kepolisian Sektor Panyileukan, Kompol Kurnia.
Tambahnya lagi, kandungan tersebut dirancang dengan tujuan semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut tanpa menyedari bahawa tindakan mereka boleh membawa kesan undang-undang.
Polis menegaskan bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman berat terhadap penyebar berita palsu, apatah lagi jika ia mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka boleh mengundang implikasi undang-undang kerana kandungan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa meskipun sudah diberikan kelulusan oleh pengurus wilayah setempat,” jelas Kurnia lagi.
Menurut laporan tersebut lagi, selepas siasatan, Ammar dan Aras akhirnya mengakui kesilapan yang dilakukan. Mereka meminta maaf kepada pihak polis dan mengeluarkan kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...