Bergelar ibu pada usia 25 tahun, pelakon Elfira Loy menikmati momen-momen indah ketika melahirkan cahaya mata sulung, Muhammad Rayyan Khalaf.
Kongsi pelakon filem Rentap itu, dia bersyukur kerana dapat merasai erti sebenar menjadi seorang ibu seterusnya merasai kegembiraan melahirkan cahaya mata pada 1 Oktober lalu.
“Cerita ringkasan labour haritu :
24 hours of labor contraction at home ( every 5mins ), 6 hours in the hospital room, 12 hours in the labor room waiting for dilation. 30 mins of labor. it wasnt easy.
“But Alhamdulillah, Thank you Allah for the memorable experience. Because of that , i still remember the surah that i opened & make me stronger to go thru the pain.
•Surah Al Baqarah , Ayat 45 :
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk,” tulisnya.
Malah, isteri kepada Khairol Faris Anuar itu juga sentiasa amalkan surah Al-Baqarah bagi memudahkan proses bersalin.
“I survived because i hold on to this surah. Berpegang kuat padanya, memohon pertolongan Allah. Sometimes , you’ll find something good, something better thru pain.
“Sama macam melahirkan anak, sakit. Tapi bila melihat kebesaran Allah, hilanglah sakit,” kongsinya yang telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Dalam perkembangan lain, Elfira gembira kerana proses berpantang telah tamat baru-baru ini dan tidak sabar untuk bersiar-siar.
Foto : Instagram Elfira Loy