Pelakon Elfira Loy telah memuat naik sekeping foto bersama seorang lelaki menerusi Instgramnya petang tadi.
Pelakon berusia 24 tahun itu telah memuat naik gambar tesebut beserta kaspyen,
“Buang kebencian , lahirlah kebahagiaan
Nantikan lagu baru dari saya,” tulisnya
View this post on InstagramBuang kebencian , lahirlah kebahagiaan ✨
A post shared by ٢٤ | ?? | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on
Gambar yang dimuat naik itu telah mendapat hampir 100,000 tanda suka dan telah menimbulkan tanda tanya netizen.
Gambar tersebut telah menjadi teka-teki netizen apabila Elfira bergambar bersama ‘si dia’ dengan berlatarbelangkan pantai seperti di luar negara.
Foto : Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mohon Jangan Terpedaya Dengan Berita Palsu…,” – Keluarga & Pembantu Peribadi Yang Jaga, Pencinta Kucing Lega
Pengurus kepada penyanyi dan pelakon, Allahyarhamah Adibah Noor, Cik Todd memaklumkan tanggungjawab menjaga kesemua kucing peliharaan arwah kini digalas sepenuhnya oleh pihak keluarga dan dirinya sendiri.
Menurut Cik Todd, kesemua kucing-kucing tersebut kini berada dalam keadaan yang sangat baik dibawah jagaan mereka.
Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing2 arwah Adibah Noor terpelihara dgn baik dibawah jagaan PA Adibah Noor & keluarga arwah. Mohon jgn terpedaya dgn berita berita palsu mengenai kebajikan anak anak kucing tersebut.
PA Adibah Noor: ( Cik Todd) pic.twitter.com/JzJcAPqO7F
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) June 20, 2022
“Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik dibawah jagaan PA Adibah Noor dan keluarga arwah,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya itu menerusi sebuah ciapan di akaun Twitter milik Adibah Noor pada petang Isnin.
Dalam pada itu, Cik Todd turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak mudah terpedaya dengan info-info palsu daripada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut.
“Mohon jangan terpedaya dengan berita-berita palsu mengenai kebajikan anak anak kucing tersebut,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa lega selain turut mendoakan segala urusan untuk menjaga kucing-kucing tersebut akan dipermudahkan.
“Waalaikumussalam. Moga Cik Todd juga dalam kesejahteraan.
“Alhamdulillah dan tahniah Cik Todd kerana sambung menjaga kucing-kucing kesayangan arwah. Semoga Cik Todd dimurahkan rezeki.
“Semoga sentiasa dalam rahmat Tuhan.
“Harap semua dapat dijaga dengan baik. Terima Kasih update Cik Todd. Al fatihah untuk allahyarhamah.
“Happy sangat mendengar cerita kucing kucing sayang,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, ada beberapa pihak didakwa cuba mengambil kesempatan dengan meminta bantuan kewangan bagi kerana kononnya ingin mengambil alih tanggungjawab menjaga kucing-kucing kesayangan Allahyarhamah Adibah.
Sekadar informasi, Allahyarham Adibah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser ovari tahap empat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Twitter Adibah Noor & Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Berangan-Angan Dulu,” – Wany Hasrita Impi Jadi Hos Nona, Percaya Masih Banyak Perlu Belajar
Penyanyi Wany Hasrita mengakui dia kini mahu lebih fokus terhadap dunia pengacaraan selepas muncul menerusi program selepas muncul Borak Dulu Baru Buka dan Ihya Ramadan di RTM sebelum ini.
Wany,30, atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia impikan untuk mengenalikan rancangan popular, Nona.
Meski tetap menjadikan nyanyian sebagai keutamaan, Wany bagaimanapun akui untuk bergelar pengacara versatil, dia perlu menimba ilmu pengacaraan dari bawah.
“Saya impi kalaulah boleh untuk mengacarakan Nona. Tapi nampaknya macam mustahil saja kan? Bagi saya kebanyakan pengacara wanita punya impian untuk mengendalikan rancangan yang hebat macam Nona.
“Meski saya akui kurang pengalaman dalam pengacaraan, tapi saya cuba sedikit demi sedikit. Kita sedia maklum, konsep pengisian Nona itu bagaimana. Jadi bagi saya masih banyak yang perlu dipelajari.
“Belajar mengacara program yang kurang formal terlebih dulu. Kiranya itulah permulaan untuk ke tahap seterusnya. InsyaAllah kita belajar,” katanya.
Ditanya mengapa memilih Nona sebagai impiannya, penyanyi lagu Pedas ini tidak menafikan kualiti rancangan kewanitaan itu yang sudah diakui semua sejak sekian lama.
“Mungkin ada yang melihat personaliti saya yang lembut kot. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Cuma itu target saya dan kata orang, bila sudah kendalikan Nona, mungkin ramai yang akan menyedari dengan kemampuan kita mengacara.
“Jadi itulah… saya berangan-angan dulu,” katanya yang kagumi semua hos yang pernah mengacarakan Nona, termasuk Mira Filzah.
Sekiranya ada pelawaan untuk tampil di dalam Nona selepas ini, Wany Hasrita tidak mampu menolak peluang.
“Apa salahnya kalaulah ada rezeki itu. Kalau ada permulaan panggil sebagai tetamu pun saya berbesar hati,” katanya ketika ditemui Majlis Pelancaran Baloy Wholesale Mart Bandar Melaka, pada Sabtu.
Baloy Wholesale Mart yang secara rasminya dibuka di bandar Melaka hadir dengan tawaran pelbagai barangan runcit harian dengan harga yang sangat rendah.
Menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada peniaga kecil dan usahawan, Baloy Wholesale Mart Bandar Melaka turut mempunyai pusat khidmat pelanggan yang lengkap dengan kafe.
Majlis terbabit dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Baloy Sdn Bhd, Yen Chee Yong, Naib Presiden Baloy Sdn Bhd, Lee Wei Sheong dan Pemegang Lesen Baloy Wholesale Melaka, Dennis Yong dan Chan Chin Hwa.
Ia merupakan pasaraya borong pertama Baloy selepas membuka 60 buah kedai runcit sejak 4 tahun lalu.
“Baloy sedang berkembang dan saya percaya bahawa kita mempunyai formula yang tepat bagi memberi pengguna apa yang mereka perlukan iaitu bahan runcit berkualiti dari jenama yang dipercayai, kemudahan dan harga terendah yang dijamin.
“Maklum balas dari pelanggan kami adalah bukti terbaik untuk prestasi kami. Dengan formula ini, saya percaya bahawa Baloy akan terus maju dan saya mengajak para pelabur untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik kami,” kata Yen Chee Yong, Naib Presiden Baloy Sdn Bhd.
Pihaknya juga akan membuka sebuah lagi Baloy Wholesale Mart di Bukit Rambai tahun ini sebelum Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Selain Wany, turut hadir memeriahkan pelancaran ini ialah Issey Fazlisham dan Ara Johari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tidak Menggemari Datuk Ramli Secara Jujurnya…Tidak Menggemari Setiap Inci Pun. Tapi…,” – Datin Alyah
Selepas diajukan persoalan mengenai perkahwinannya dengan pengarah muzik terkenal, Daruk Ramli MS, Datin Alyah mengakui sejak berkahwin, kisah perkahwinannya seringkali menjadi perhatian.
“Dia lama dan industri dan sudah pun berkerja dengan ramai orang. Jadi dia mempunyai sejarah hidup tersendiri sebelum ini. Jadi sekali saya buat keputusan untuk meletakkan persaan saya bersamanya, saya lihanya ke depan. Itu wanita atau isteri inginkan.
“Cuma dia hidup lama dalam industri, jadi ramai yang dia kenal berbanding saya. Mungkin daripada situ orang lebih nak mengenali, ambil tahu mengapa saya dengannya,” dedahnya saat ditemu bual bersama DJ Nazz dalam segmen BegituBegini Gegar.
Ditanya mengenai mengenai mengapa dirinya dipilih penggiat seni itu, Alyah menjelaskan dia tidak pernah terfikir atau ada impian untuk mendirikan rumah tangga bersamanya.
“Saya pernah gantikan seorang penyanyi untuk menyanyi di sebuah kelab. Saya nampak dia datang. Jadi semua beritahu dia seorang pemuzik terkenal. Saya tak pernah terfikir.
“Bila saya flashback balik, Allah aturkan, kami jumpa balik dia kini jadi suami saya. Untuk pertama kali saya tidak menggemari Datuk Ramli secara jujurnya, tidak menggemari setiap inci pun.
“Sampai hari pun saya rasa pelik. Tapi saya percaya Allah ada perancangan terbaik yang saya tidak tahu. Jadi saya hanya go with the flow,” kongsinya jujur.
Pada masa sama, penyanyi yang kini popular menerusi lagu Jutaan Purnama juga memberitahu dia hanya mengenali pasangan apabila sudah mendirikan rumah tangga.
“Bila orang kata kahwin ialah pengkhiran tapi pengalaman yang saya lalui, perkahwinan ialah permulaan.
“Yang mana kita baru dapat mengenali pasangan kita sebenar-benarnya selepas berkahwin,” katanya yang tidak menafikan keharmonian dalam rumah tangga ada pasang surutnya.
Temu bual penuh bersamanya boleh ditonton menerusi YouTube Gegar.
Foto: Instagram Alyah/Ramli MS
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI