Pelakon Elfira Loy telah memuat naik sekeping foto bersama seorang lelaki menerusi Instgramnya petang tadi.
Pelakon berusia 24 tahun itu telah memuat naik gambar tesebut beserta kaspyen,
“Buang kebencian , lahirlah kebahagiaan
Nantikan lagu baru dari saya,” tulisnya
Gambar yang dimuat naik itu telah mendapat hampir 100,000 tanda suka dan telah menimbulkan tanda tanya netizen.
Gambar tersebut telah menjadi teka-teki netizen apabila Elfira bergambar bersama ‘si dia’ dengan berlatarbelangkan pantai seperti di luar negara.
Foto : Instagram Elfira Loy