Kerana sebuah posting berkongsi pandangan berkenaan tip daripada ibu Elfira Loy, seorang gadis di Twitter telah ditegur oleh pelakon ini!
Semua ini terjadi apabila ada seorang netizen berkongsi pandangannya tentang posting ibu kepada pelakon ini dengan berkata sebenarnya jika hantaran terlalu tinggi boleh sahaja jika di kurangkan dari awal, jangan terus bersetuju dan kemudian hanya cakap ia terlalu tinggi.
Mak Elfira bagi tips simpan duit hantaran. BTW, kalau hantaran terlalu tinggi boleh je minta kurang dari awal. Janganlah iyakan. Lepastu dh sampai masa baru cakap ‘hantaran tinggi’. Kepala terung betul lelaki jenis macam ni. pic.twitter.com/Mj9KkxoKjI
— dylawok (@dylawok) March 14, 2018
Malah, gadis ini turut berkongsi posting ibu Elfira yang dimuat naik di Insta Stories milik ibunya.
Menurut gadis ini, ibu Elfira ada menulis sesuatu berbunyi…
“Sepatutnya dia sendiri rasa terhina tinggalkan anak dara orang lain dan ambil anak dara orang lain secara tak baik. Tak seharusnya dorang ni tak jumpa dirimu.”
Yang ni Mak Elfira tulis,
“Sepatutnya dia sendiri rasa terhina tinggalkan anak dara orang lain dan ambil anak dara orang lain secara tak baik. Tak seharusnya dorang ni tak jumpa dirimu.
………………………………………………….” pic.twitter.com/4dninIKRP0
— dylawok (@dylawok) March 14, 2018
“Kenapa perlu nak ucap terima kasih dengan media? Kata masih contact dengan dia? Mungkin tak cukup ikhlas ke tak cukup (sensasi)?” (Tulisan tidak jelas mungkin kalau ada sesiapa yang ada versi lebih clear boleh betulkan apa-apa kesalahan di sini)
Yang ni korang zoom lah sendiri. HAAHHAHASJJJ pic.twitter.com/Z5TXJEwVll
— dylawok (@dylawok) March 14, 2018
“Kenapa perlu nak ucap terima kasih dengan media? Kata masih contact dengan dia? Mungkin tak cukup ikhlas ke tak cukup……………. (tak jelas sangat) “
— dylawok (@dylawok) March 14, 2018
Malah, gadis yang dikenali sebagai Dyla Wok ini turut mengatakan jika RM20 pun tidak boleh nak menyimpan jangan harap untuk berkahwin dengan anak orang kaya.
RM 20 pun tak boleh nak menyimpan. Pastu nak kahwin pulak dengan anak orang havehave. Mimpi je lah lagi baik.
— dylawok (@dylawok) March 14, 2018
Namun bagaimanapun, tindakan gadis ini telah membuatkan Elfira sendiri bertindak menyekat dirinya daripada mengakses akaun Twitternya.
Sebenarnya aku tweet sebab aku beckup Elfira ni. Aku setujulah apa mak dia cakap tu. Tapi kenapa dia tetiba koyak eh? Aku minat dia dari kecik kot. Sampaikan aku follow je segala socmed dia. Tapi, kenapa dia marah aku? Patut dia marah mak dia dulu. pic.twitter.com/F36cyfuQxN
— dylawok (@dylawok) March 14, 2018
Mungkin tidak selesa posting ibunya menjadi perhatian ramai, Elfira telah membalas dan mempertikaikan apakah niat sebenar gadis ini.
Tak perlu nak sebar-sebarkan. What you want ? Thousands of RTs?
— Nurul Elfira Loy (@elfira_loy) March 14, 2018
Malah, Elfira turut menjelaskan untuk membiarkan ibunya untuk luahkan apa yang dia mahukan.
Dalam pada itu, Elfira berkata semua kata-kata gadis ini tiada salahnya dan hanya berserah kepada Sang Pencipta.
Biarlah dia nak luah perasan .
You sayinh something without WRONG FACTS. You like it. Sis may Allah bless you sis may Allah bless you.— Nurul Elfira Loy (@elfira_loy) March 14, 2018
Bagaimanapun ramai netizen memberi pandangan masing-masing dan ada yang beranggapan sebagai seorang ibu kepada selebriti yang sering dimendapat perhatian ramai, patutnya ibu kepada Elfira tidak patut berkongsi sesuatu seperti ini di media sosial.
Habis bawang biarkan bawang? Err what kind of mindset is that duhh
— Nurul Elfira Loy (@elfira_loy) March 14, 2018
You must know the right facts not by assumptions dear lady.
— Nurul Elfira Loy (@elfira_loy) March 14, 2018
Dalam masa yang sama, di Twitter, Elfira turut berkongsi pandangannya dan berkata dia perlu mengingatkan dirinya setiap kali mendengar berita buruk atau gossip tentang dirinya jangan mudah melenting.
I have to keep reminding myself
“When you hear someone gossiping about you, remember 2 Don’ts — don’t get angry and don’t react with tit for tat. Neither is productive.”I will try this.
— Nurul Elfira Loy (@elfira_loy) March 14, 2018
Malah, Elfira juga sempat mengemas kini akaun Instagramnya dengan sekeping gambar dan kapsyen yang sungguh deep!
Aduh, macam-macam lah. Nampaknya isu putus tunang Elfira Loy dan Sufian Suhaimi tidak akan sampai ke penghujungnya.
Apapun MH harap Elfira terus kuat dan bersabar menghadapi semua ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI