Pejam celik, rupanya sudah tiga bulan pelakon Elfira Loy bergelar ibu kepada seorang putera comel.
Mengimbau saat permata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf saat dilahirkan, bintang drama Kum Kum berusia 26 tahun itu telah memuat naik video anaknya ketika usianya dua hari.
“Two days old Rayyan Khalaf. I kinda miss bedung him.
“Sekarang ni nak pakaikan diapers pun susah,” tulisnya.
Akui rindu untuk membedung bayinya itu, Elfira kini berdepan dengan situasi yang lebih mencabar apabila bayinya itu sedikit agresif apabila mahu dipakaikan lampin pakai buang.
Terdahulu, Elfira selamat melahirkan Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019 seberat 3.68 kg di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan.
Elfira dan Faris Khairol Anuar diijabkabulkan pada 1 Januari 2019 dalam sebuah majlis tertutup.
Foto: Instagram Muhamad Rayyan Khalaf