Pelakon dan pengacara Elfira Loy mendedahkan, permulaan kariernya dalam industri seni bukan kerana minat, tetapi demi membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menampung keperluan adik-beradik.
Menerusi podcast Wardah Heart to Heart bersama Dayah Bakar, Elfira antara lain mengakui sifatnya yang ‘introvert’ membuatkan dia tidak begitu selesa dengan dunia lakonan.
Bagaimanapun, dia mula melihatnya sebagai sumber rezeki untuk keluarga.
“Sebenarnya kenapa saya mula berlakon sebab nak tolong ibu saya saja. Orang ingat saya suka berlakon tetapi sebenarnya tidak.
“Masa pertama kali saya dapat bayaran, saya ingat lagi ketika itu saya buat teater. Selepas saya dapat bayaran, saya macam ‘eh dapat duit… oh kerja ini boleh tolong ibu saya.’
“Walaupun saya memang tak suka berlakon dan merupakan orang yang ‘introvert’ tetapi disebabkan kerja ini boleh membantu ibu, saya buat.
“Ibu saya pun tak tahu yang saya tak suka berlakon. Saya buat-buat suka saja. Saya dari dulu suka pendam perasaan sebab ibu saya hanya ada saya.
“Kalau saya sedih, semestinya dia dua kali ganda sedih. Jadi, disebabkan itu, hati saya keras dan dibawa sampai sekarang,” katanya.
Ujian Kehidupan
Dalam pada itu, Elfira, 31, mengakui fasa perceraian ibu bapanya memberi kesan mendalam. Sebagai anak sulung, dia merasakan tanggungjawab besar untuk menjadi kuat demi adik-beradik.
Katanya, pengalaman putus tunang pada tahun 2018 juga merupakan salah satu episod paling sukar dalam hidupnya.
Ads
“Saya tak pernah cerita dekat orang. Saya seorang yang kuat kerana melalui fasa ibu bapa yang berpisah, dalam masa sama kena besarkan adik beradik. Saya rasa itu bebanan yang kuat.
“Yang lagi berat ketika saya putus tunang. Saya tak sangka orang boleh buat macam itu (dekat diri). Saya tak pernah cerita apa yang saya rasa pada masa itu.
“Ketika wartawan bertanya, saya diam, tak pernah cakap apa-apa. Itu perkara terbesar yang berlaku dalam kehidupan saya.
“Selama saya jadi pelakon, tak pernah ada gosip seperti itu. Tetapi disebabkan kontroversi itu, orang hilang hormat dekat saya.
“Apa yang saya pertaruhkan untuk menjaga nama baik sebelum ini, terus bertukar menjadi sia-sia.
“Tetapi hikmah yang dapat adalah saya tidak ada tempat lain yang ingin dituju. Jadi, saya banyak menghabiskan masa di masjid.
Ads
“Itu menjadi titik perubahan dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, perjalanan selepas itu saya nampak Allah bagi semua yang saya nak cuma satu saja tidak dapat,” katanya lagi.
Hijrah & Usaha Sebar Kebaikan
Bercerita mengenai penghijrahan dirinya pula, Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat.
Dia juga sentiasa berpegang kepada nasihat seorang ustazah yang pernah ditemuinya.
“Saya terfikir juga apa yang orang lain fikirkan mengenai saya. Tetapi saya patut risau dengan perubahan yang dibuat kerana menjadi tunjang perjalanan saya.
“Dua jalur yang kita kena lalui iaitu satu untuk Allah dan satu untuk manusia. Kalau saya fikir untuk manusia saja, kesudahannya akan lupa untuk Allah.
Ads
“Saya cuba untuk seimbangkan. Alhamdulillah semua pengikut di media sosial saya tidak berasa janggal dengan perubahan dibuat.
“Saya tahu ramai orang yang takut untuk berbuat baik kerana khuatir makan diri. Tetapi buat saja, boleh jadi kebaikan itu yang akan membantu di akhirat nanti.
“Saya tahu ramai juga yang ingin berhijrah tetapi takut. Apa yang ustazah saya selalu cakap, selama mana saya buat kebaikan, saya dapat pahala. Selama mana saya tinggalkan perkara haram, saya dapat pahala,” katanya.
Anjur Usrah
Pada masa sama, Elfira turut berkongsi tentang inisiatifnya menganjurkan program usrah dengan menggunakan duit poket sendiri.
“Saya tak nak ada perasaan saya yang miliki semua ini. Bila saya ada duit, saya nak memberi. Itu yang saya buat kelas usrah.
“Memang itu adalah satu perasaan yang berat. Yela… saya penat bekerja, kenapa perlu diberikan kepada orang lain?
“It’s always miracle. Apabila saya buat, saya nampak rezeki dari Allah dengan jelas. Mungkin saya tidak dapat kasih sayang sebab dari kecil memang tak rasa dari keluarga.
“Disebabkan itu, apabila ada anak-anak, saya rasa sangat penting dan sanggup gadaikan segalanya termasuk karier dan masa muda. Saya nak anak-anak rasa kasih sayang sepenuhnya,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak, Shahrol Shiro mendedahkan penghantar surat yang satu ketika dahulu pernah tular gara-gara isu melastik seekor anjing di sebuah kawasan kejiranan kini difahamkan sudah kembali bertugas.
Jelas Shahrul, penghantar surat yang dikenali dengan panggillan Dollah Posmen itu nyata gembira kerana dia dapat kembali menjalani rutin hariannya seperti sedia kala.
Katanya lagi, dia juga amat berterima kasih kepada Shahrol kerana telah membantunya menyelesaikan permasalahan tersebut.
“Terserempak dengan Dollah posmen yg pernah viral dahulu pasal lastik anjing kini sudah menyarung baju posmen kembali.
“Tak henti mulut melafazkan syukur dan terima kasih atas bantuan termasuk doa-doa dari semua beliau tidak diberhentikan kerja.
“Kita cuma bantu apa yang mampu. Semoga Allah swt merahmati kita semua.
Lepas menteri umum boleh duk kat kedai makan nanti kita ngeteh yer Dollah.,” tulisnya.
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shahrol turut menambah, dia sememangnya berasa amat senang apabila dapat membantu lebih-lebih buat mereka yang ketika ini terkesan hidupnya dek kerana penularan wabak Covid-19.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur selain turut berharap agar insiden seumpama ni dapat dijadikan pengajaran.
“Semoga murah rezeki Encik Dollah dan kerjalah dengan jujur dan amanah. Kepada Encik Shahrol diucapkan syabas.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan kerja Dollah. Terima kasih Shahrol yang bantu selesaikan masalah ni dulu.
“Terbaikl bang. Mai jadi wakil union Pos Malaysia la,” antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Instagram.
Sumber: Instagram Shahrol Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hanya selangkah sahaja lagi menuju ke konsert akhir, maskot Si Merak terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga The Mask Singer Malaysia musim ke-2 (TMSM2) selepas indentitinya terbongkar di konsert separuh akhir, Jumaat lalu.
Setelah sekian lama berteka-teki, ternyata individu disebalik maskot Si Merak merupakan pelakon jelita, Sherry Ibrahim.
Menerusi hantaran di Instagram, Sheery mengakui berasa amat bertuah kerana dapat menjadi salah seorang peserta di program kesukaan ramai itu.
Katanya lagi, hatinya juga sudah semakin tenang kerana tidak perlu lagi menyimpan rahsia tersebut.
“Tadaaa! Hiiii! SI MERAK HERE! YES SHERRY lah SI MERAK dalam The Masked Singer Malaysia 2! Syukur Alhamdulillah. Let me begin by saying, I am honored and humbled to be part of this TMSM 2 2022. Dapat sampai Semi Final pun Sherry dah bersyukur sangat-sangat.
“Semua maskot hebat!! Salute!!! Wow, This competition is crazy, not easy after few episodes namun very adventurous and fun! Sherry rasa lega sangat malam ini selepas dah reveal. Dah tak sanggup nak simpan rahsia lama-lama. LOL! Kadang kadang Sherry tersenyum dan tersengih bila membaca komen dan tekaan semua yang support Sherry.
“Jujur Paling tak larat nak kene menipu. Sumpah susah dan tak sanggup. Minta maaf banyak-banyak sangat pada family, kawan-kawan, staff-staff dan semue yang bertanya sebelum ni hehe. Sorry I had to lie for months. Forgive Me,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, pelakon drama Syurga Yang Kedua ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat seluruh team produksi dan semua pihak yang menyokongnya sepanjang menyertai TMSM2.
Tambahnya lagi, dia berharap agar kehadirannya di program tersebut dapat memberikan kegembiraan dan keceriaan di hati para penonton.
“THANK YOU juga pada pihak Astro kerana memberi peluang hebat ni pada Sherry. THANK YOU juga pada semua yang terlibat dalam TMSM2, THE ‘TEAM’ they are like my family now. Sayang korang. YOU guys are the best.
“Seperti Merak yang penuh warna, Sherry harap kehadiran Sherry di pentas TMSM2 memberikan feel good dan ceria kepada anda semua! No words can convey my gratitude for the support I received from ALL of YOU ! Terus menyokong Sherry kerana anda inspirasi Sherry.
“THANK YOU Malaysia , Singapura , Brunei SI Merak Love You! This is for you too baby stormi. Si Merak Kantoi. Peace Out! Much Love. Sherry Ibrahim,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memuji kualiti suara yang dimiliki oleh Sheery sepanjang berada di TMSM2.
“Thanks for joining us! Love youuu,” kata salah seorang juri, Ramona Zamzam.
“Suara Merak memang dahsyat! U go girl! Love u so much sweetheart @sherryibrahim
Tolong keluarkan ‘single’ ASAP pleaseeeeeeeee!,” komen rakan selebriti, Jojie Aminuddin.
“Sherry is a good singer,” kata pemilik akaun Marlinn23.
“Tapi the best, bole lah lepas ni keluarkan single ye. Besttt giler,” tulis pemilik akaun NurNasuhaa_04.
“Sedap suara @sherryibrahim . Sebenarnya layak ke final,” tulis Norilawati.
Terdahulu, TMSM2 yang dihoskan oleh pengacara popular, Datuk AC Mizal bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula jam 9 malam disaluran Astro Warna (107) dan Astro On The Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Sherry Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh semalam apabila video menunjukkan pelakon, Sharifah Sakinah dan Scha AlYahya berselisih faham di sebuah pertunjukan fesyen dilaporkan oleh media.
Dalam video pendek berdurasi 13 saat itu kelihatan ada dua lagi pelakon lain iaitu Ben Amir dan Sweet Qismina cuba meleraikan perselisihan faham tersebut.
Susulan itu, Sakinah kemudiannya memberikan komen terhadap isu tersebut menerusi laman Twitternya, lewat malam semalam.
“Pukimak punya michael ang . Dah mcm sajat dengan safie alias dah kita @schaalyahya . Apahal keluar awani ? Berapa ko bayar @MichaelAng38,” tulisnya.
Tweet tersebut kemudiannya dibalas oleh Michael.
“Apo ni??? Mmg kena hencap la!,” balas pengarah itu pula.
Apa pun, babak tersebut merupakan antara babak yang bakal dimuatkan menerusi drama pendek lakonan mereka berjudul Dua yang bakal bersiaran tahun hadapan.
Foto/Instagram: Sharifah Sakinah & Scha AlYahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.