Berita pelakon, Elisya Sandha yang telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy baru-baru ini mendapat perhatian peminat.

Masing-masing menitipkan ucapan tahniah dan tumpang gembira dengan perkembangan jalinan cinta di antara keduanya.

Sambil membayangkan perasaan gembira dan bahagianya, kakak kepada Elisya yang juga aktres terkenal, Fasha Sandha turut memberikan coretan kata atas ikatan pertunangan yang termeterai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Melepaskanmu, bukan satu perkara yang mudah kerana pada Angah, Elisya masih lagi our baby girl.

Ads

“Walaupun berat untuk kami, sejujurnya, apa saja yang akan membuatmu bahagia, kami turuti. Bahagia Elisya, maka kami juga akan turut bahagia,” tulis Fasha.

Dia pada masa sama turut memberikan pesan agar menerima baik buruk pasangan dengan apa adanya.

“Pesanan Angah untuk Elisya dan Uzair, terimalah keburukan dan kebaikan masing2 kerana manusia itu diciptakan Tuhan tidak sempurna.

Ads

“Namun, di sebalik ketidaksempurnaan itu Tuhan ciptakan bahagia antara manusia.

“Welcome to the family ,Uzair Haqimy! Alhamdulillah keluarga kami kini menjadi lebih besar. Syukur.

Ads

“Semoga kasih sayang dan cinta kalian, Kekal dan Bahagia ke Jannah,” tulisnya lagi.

Coretan indah itu dinukilkan pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini pada paparan di IG TV yang dimuat naik pada Isnin.

Sehingga kini, video tersebut sudah menerima lebih 100,000 kali tontonan di kalangan pengguna media sosial Instagram.

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI