Perkongsian video daripada pelakon Elisya Sandha di Tik Tok mencuri perhatian ramai apabila melakukan aktiviti bersenam sambil membawa anaknya, Bunga El Haq.
Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 23, berkongsi video aktiviti tersebut untuk tatapan umum.
“Me and my Bunga,” tulis ringkas Elisya pada ruangan kapsyen.
Ads
Video tersebut merakamkan aksi Elisya yang berlari sambil menyorong kereta sorong anaknya di sebuah kawasan perumahan lalu melakukan aktiviti senaman di sisi Bunga yang dilihat sedang lena tidur.
Sementara itu di ruangan komen, ramai yang kagum dengan semangat adik kepada pelakon Fasha Sandha ini yang kekal aktif bersenam meski baru dua bulan melahirkan Bunga secara pembedahan.
Pelakon Diana Rafar ada memuat naik satu foto pada entri terkininya di Instagramnya bersama rakan artis, Elizad Sharifuddin.
Tulisnya pada ruangan kapsyen, dia berpeluang untuk bertemu dengan Elizad setelah diundang menerusi program Mingguan Wanita yang membincangkan isu Rahsia Murah Rezeki, tengahari tadi.
Dalam kesempatan bertemu, adik kepada Linda Rafar ini juga sempat mendedahkan sikap Elizad yang disenanginya sejak dulu hingga kini.
“Tadi sharing topic murahnya rezeki di @mingguanwanita, mashaallah best topic ni tp rezeki saya hari ni bertemu dgn adik saya ni yg dari dulu sentiasa sama je walaupun Allah tambahkan rezeki melimpah ruah pada dia rezeki kejayaan dan mcm2.
“Dia tak penah sombong, tak penah buat2 busy, tak penah konon nya tak nampak org sb rabun. mashaallah moga kita semua tak kan lupa siapa kita bila Allah bagi rezeki yg melimpah ruah amin ya Allah ! Luv u @elizadsharifuddin,” tulisnya.
Menerusi kemas kini tersebut, Elizad juga dilihat turut memberikan reaksi. Kongsi Elizad, Diana juga seorang artis yang cukup merendah diri dan murah senyuman.
“Laaa kakakkk kuwhhh ini . U foreberrr merendah diri & senyummmmmm jeee ! Loveee sgt2 ! Doakan ejd jgk tatakkkk kuwhhhh,” balasnya.
Terdahulu, Diana turut memuat naik poster sempena topik yang dibincangkan menerusi program berkenaan yang turut mengundang Ustazah Fatimah Syarha.
Pelakon Nadzmi Adhwa telah memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang ke-30 tahun.
Namun, dalam memberi ucapan buat kedua orang tuanya itu, dia juga ada menyelitkan mengenai status untuk mempunyai isteri.
“Happy 30 Years Anniversary My Dunya and My Jannah.. May Allah always bless you both with health, wealth prosperity and happiness.. My treasure. Nanti angah hadiahkan menantu ya. Eh! Berangan tak salahkan…,” tulisnya.
Kerap dihimpit kontroversi sehingga dilabel artis bermasalah, penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani mendedahkan dia menerima sahaja segala tomahan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya selama ini.
Menurut Ismail, dia merasakan tiada gunanya untuk berdebat kerana setiap orang mempunyai kepercayaan mereka sendiri.
“Saya tak boleh tipu, rasanya memang sakit. Nak buat macam mana? Sebagai penghibur, orang suka atau tidak, saya telan sahaja. Kita pun tak boleh nak buat apa.
“Nak melawan pun tak guna? Sampai ke mana sahaja boleh melawan. Kalau kita nak jelaskan pun, orang tak nak dengar. Kita senyum dan teruskan sahaja menghiburkan orang,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Luar Biasa itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Patah Hati 2.0 yang berlangsung di Z Botanica, One Utama, Petaling Jaya pada Rabu.
Pada masa sama, Ismail menegaskan dirinya kini mahu kembali memberikan fokus terhadap bidang muzik selepas menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman baharu, Def Jam Asia.
Lantaran itu, Ismail berharap agar dia dapat membuka lembaran baharu selepas hampir dua tahun tidak menerbitkan karya muzik baharu.
“Nak kata kurangkan kontroversi pun tak boleh juga sebab perkara ini bukan saya yang minta. Kalau benda tu nak jadi, ia tetap akan jadi. Kita tak boleh nak lari lebih-lebih lagi kini segalanya di hujung jari.
“Ini kehidupan yang saya pilih. Takkan la saya asyik nak sedih atau tertekan. Tak nafikan memang ada kalanya saya ada bersedih tetapi saya selalu ingatkan diri untuk terus bangkit.
“Saya berharap dapat kurangkan kontroversi. Dengan apa yang telah saya lalui, saya masih lagi struggle. Saya tak mahu orang meletakkan ekspektasi dan saya tak mahu menjanjikan apa-apa.
Ditanya adakah dia menyesal melibatkan diri dalam dunia seni di usia muda, anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam ini sebaliknya bersyukur kerana industri ini banyak mengajarnya tentang kehidupan.
“Kalau saya diberikan peluang untuk undurkan masa, saya tidak akan mengubah apa-apa.
“Tanpa perkara-perkara ini walaupun kecil, saya tidak akan berada di mana saya sekarang. Saya akui, ada kalanya saua berasa tidak adil. Saya mulakan kerjaya dari umur 16 tahun.
“Orang nampak proses saya membesar daripada remaja ke dewasa. Namun, saya tak salahkan orang lain melainkan diri sendiri. Ini kehidupan yang saya pilih.
“Saya tinggalkan alam persekolahan, busking di Sogo dan ibu menyokong saya. Segala apa yang saya lakukan demi muzik adalah jujur. Saya tak nak hilang perkara itu walaupun dikecam,” akhirinya.
Terdahulu, Ismail bakal membut kemunculan di Konsert Patah Hati 2.0 bersama lima selebriti seperti Naim Daniel, Nadeera Zaini, Aisha Retno, Neeta dan Bunkface.
Konsert yang memasuki penganjuran kali kedua ini akan berlangsung pada 23 November ini di Zepp, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ismail Izzani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!