Penyanyi yang kini muncul dengan single terbaru, Semua Sudah, Elizabeth Tan mengakui ada ketikanya, dia ada terfikir mahu menggunakan aplikasi media sosial mencari kenalan seperti Tinder bagi memudahkan dirinya untuk mencari teman.

Kongsinya kepada MH, hingga kini dia tidak ada mana-mana lelaki yang boleh dikatakan sebagai teman rapat, apatah lagi untuk memberitahu dia kini sudah ada calon suami.

“Saya jarang keluar rumah. Kalau keluar pun akan ditemani pengurus saja. Selesai kerja saya balik dan lepak di rumah.

“Jadi memang peratusan untuk mengenali atau ada teman lelaki itu kurang,” katanya jujur.

Meski ada yang cuba mendekati, namun Elizabeth atau lebih mesra dengan sapaan Lizzy mengakui ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap serius.

Ads

“Bayangkan hingga ada ketika saya tercikir untuk membuka akaun cari teman seperti Tinder misalnya, untuk cari kenalan. Manalah tahu ada yang sesuai untuk jadi teman lelaki.

“Tapi bila difikirkan balik, tak jadilah nak buat sebab sekarang ni macam-macam benda boleh jadi viral,” seloroh Lizzy.

Ads

Ditanya mengenai lelaki bagaimana yang dicari, bintang ini memberitahu dia meminati lelaki yang cukup gemar mengenai dunia falsafah.

“Saya suka dengan lelaki yang sukakan ilmu dan bidang falsafah. Bagaimana kita nak tahu dia minat atau tidak, bila bertemu dengannya nantilah,” jelas Lizzy.

Ads

Terdahulu, Lizzy pernah mengumumkan mahu tanam pimpian untuk berkahwin pada tahun 2020.

Bagaimanapun, semuanya hanya akan jadi angan-angan andai dia masih belum mempunyai pasangan serasi.

foto: Instagram Elizabeth Tan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI