Sebelum pengumuman barisan peserta, juri dan hos Gegar Vaganza 11 (GV11) diumumkan minggu lalu, ada peminat yang meneka nama Elly Mazlein sebagai antara pengacara yang bakal mengendali program berkenaan.
Mengulas mengenai perkara itu, Elly yang mesra disapa Kak Lina Kepom berlapang dada dan akui memang ada tawaran.
Bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya pengacara asal diberikan amanah untuk menjayakan program berkenaan.
“Memang betul ada proses memujuk dan saya menolak. Tak mengapa, biarlah saya memberi ruang kepada tunjang asal yang tiada tandingan bak kata pihak produksi.
“Biarlah mereka menjadi ‘DNA kekal’ di Gegar Vaganza dan saya pula mengacarakan program lain.
“Walaupun saya pernah mengacarakan GV9 dan mendapat sambutan yang sangat baik manakala GV10 pula separuh jalan, biarlah saya dengan kerja-kerja saya.
“Insya-Allah selepas ini, ada program saya yang lain. Saya pun akan mengadakan pertemuan dengan pihak Astro untuk projek tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Ads
Elly berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pelancaran program Explorasi Usahawan Wanita yang berlangsung di Wyndham Acmar Hotel, Klang pada Isnin.
Pada masa sama, penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini turut menafikan dirinya sudah tawar hati dengan program Gegar Vaganza susulan kontroversi sebelum ini.
“Kalau merajuk, itu seperti kanak-kanak. Saya lebih kepada matang. Saya memilih untuk membiarkan pasangan sebenar GV bekerja dan bersatu dengan lebih selesa,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Elly mengakui perasaannya agak bercampur baur selepas melihat sokongan yang diberikan para peminat walaupun dia tidak mengacarakan program kesukaan ramai itu pada musim ini
“Saya sebenarnya sedih dan terharu. Kadang-kadang, saya rasa nak bercakap dengan peminat seorang-seorang. Bukan saya tak nak buat program ini, mungkin ini bukan rezeki saya.
“Saya juga memilih untuk melakukan perkara yang saya suka dan menjaga kesihatan mental. Itu lebih penting.
“Saya faham ada pihak yang suka dan tidak. Itu lumrah kehidupan. Yang tak suka, saya memang tolak jauh. Keutamaan saya adalah para peminat yang sentiasa menyokong,” kongsinya lagi.
Ads
Elly turut meminta semua pihak untuk terus memberikan sokongan buat GV11 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Kepada peminat rancangan nombor satu di Astro iaitu GV, saya doakan agar GV terus meletop. Kepada peminat saya, janganlah bersedih. Kita akan berjumpa di program yang lain.
“Saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengisi kerinduan anda semua,” akhirinya.
Terdahulu, Elly bakal berkongsi pentas bersama dua penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari dan Ghea Indrawari di Konsert Farmasi Soundzation yang akan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 30 November depan.
Pada acara tersebut, Elly bakal bertindak selaku pengacara selain akan mempersembahkan beberapa buah lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos dan penyampai radio, Issey Fazlisham masih belum dapat menahan perasaan sedihnya apabila ibu tercinta, Asiah Haron pergi menhadap Ilahi pada Selasa akibat serangan jantung.
Malah, Issey atau nama penuhnya Fazlisham Mat Hussin turut meluahkan rasa rindunya apabila menatap serta berkongsi foto arwah di Instagram.
“Senyuman ni lah buat aku semangat setiap kali jumpa. Gambar ni 3 minggu sebelum Ma meninggal.
“Datanglah bidadari cantik macam mana pun, tak boleh lawan senyuman ni. Kita jumpa di syurga Ma,” tulis Issey sebak.
Dalam pada itu, Issey juga teringat-ingat akan objek yang sering digunakan arwah iaitu katil dan kerusi.
“Rindu yang tiada noktah. Jujur aku cakap, aku tak boleh tidur dekat rumah Kota Bharu lagi. Masuk jer rumah tu mesti ingat Ma.
“Tambah tambah bila tengok katil Ma dan tengok kerusi yang dia selalu duduk. Kalau buleh mintak, aku nak mintak seminit jah masa untuk kecek dengan Ma,” kongsi Issey sambil disertakan gambar halaman rumah.
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mendedahkan dia dan suami, Mohamad Azlan Che Nuh tidak mahu terburu-buru atau terlalu meletakkan harapan tinggi dalam soal cahaya mata.
Ini kerana, pelakon Kampung People ini mengakui percaya akan perancangan Allah yang sudah tertulis untuknya sekeluarga.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi bagaimanapun akan berkongsi berita gembira kepada semua andai dikurniakan rezeki untuk hamil lagi selepas ini.
“Saya ikut kata orang tua… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi. Insya-Allah kalau sampai masa, ada berita gembira sudah tentu saya akan kongsi dengan semua orang.
“Sebenarnya kalau kita terlalu mengharap, mungkin susah nak dapat. Jadi, kita santai saja sebab Allah akan susun baik untuk kita nanti.
“Yang penting, jangan terlalu fikir sebab kalau fikir akan tertekan,” jelas bintang berusia 39 tahun itu.
Pada masa sama, Elly memilih untuk tidak terlalu memikirkan soal tersebut dan berserah pada Yang Maha Kuasa.
“Kita ikut apa yang Allah dah susun sebab Allah sebaik-baik perancang. Tak apa, kita berserah kepada Allah, berusaha dan jalani kehidupan macam biasa serta jangan stress.
“Insya-Allah akan ada. Cuma cepat atau lambat,” katanya lagi.
Terdahulu, Elly ditemui ketika sidang media selepas konsert tribute #SandraDalamKenangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.
Elly mendirikan rumah tangga dengan Azlan yang juga merupakan seorang guru pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Penyanyi Merry Go Round ini turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan pengarah drama, Azmi Hatta.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama pelakon dan model, Nabilah Ali Dally atau nama komersialnya, Bella Dally, pastinya terbayang akan gaya dan fesyen Muslimah yang dibawa.
Lihat sahaja penampilannya yang anggun dan membuatkan ramai terpesona dengan kejelitannya.
Jadi, jom ikuti 10 trivia menarik mengenai Bella!
1. Muda, cantik dan matang! Bella dilahirkan pada 27 September 1991 (28 tahun).
2. Bella merupakan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah.
3. Bapanya, Ali Dally Abdul Wahab Dally sementara ibunya pula bernama Weana Quadra.
4. Bakat Bella mula dicungkil menerusi program realiti pencarian bakat dalm bidang lakonan, Pilih Kasih (2009) yang turut melibatkan Datuk Rosyam Nor.
Ketika itu, Bella menduduki tempat keempat.
5. Bella menukar namanya dari Nabilah Dally kepada Bella Dally untuk mengelakkan kekeliruan dengan pelakon Nabila Huda. Ramai yang keliru taw!
6. Drama pertama lakonannya ialah Qalesya musim kedua yang dibintangi oleh Elfira Loy, disiarkan di Astro Prima pada 2010. Bella ketika itu memegang watak antagonis.
7. Bella mula berhijab pada tahun 2014. Alhamdulillah semoga Bella kekal istiqomah!
8. Rezeki kian mencurah! Bella telah dilantik sebagai duta produk Muslimah, Ariani, seterusnya melancarkan jenama tudung sendiri Bella Dally by Ariani.
9. Tanggal 10 September 2016, Bella berkahwin dengan pelakon Nazim Othman.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka tidak utuh dan mengumumkan perceraian pada 17 Mei 2018.
10. Pada 12 Januari lalu, Bella telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Arif,34 tahun selepas lima bulan berkenalan. Mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.
Bella tampil cantik dan berseri dengan mengenakan busana berwarna kuning lembut yang dihadiri keluarga serta kenalan rapat sahaja.
Foto/Info : Instagram Bella Dally , Carian google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...