Bintang versatil, Elly Mazlein yang masih berteka-teki mengenai telahan orang ramai bahawa dia kini sudah berbadan dua mengakui suaminya, Mohamad Azlan Che Noh juga menanti-nantikan sekiranya dikurniakan rezeki zuriat pertama mereka.
Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, dia juga tidak berniat untuk berahsia sebaliknya berjanji akan mengumumkan di platform media sosial sekiranya benar dia sedang hamil.
Dia pada masa sama turut meminta ramai agar mendoakan yang baik-baik.
“Doakan yang baik-baik, sekiranya ada berita yang baik dan ‘confirm’ saya berbadan dua, saya akan bagitahu apa sahaja perkembangan mengenai diri ini.
“Sesuatu yang baik dan bahagia ini… semua tahu saya tidak berahsia mengenai kisah peribadi saya. Cuma saya mohon untuk diberikan masa.
“Suami pun sentiasa menunggu (cahaya mata). Bila sudah sampai, memang akan beritahu dan saya cuba untuk berlaku adil dengan berkongsikan ia di media sosial. Tapi buat masa sekarang ini belum lagi.
Ads
“Harapan saya memang sangat besar,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai reaksi puteri tunggalnya, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia 5 tahun, penyanyi Dusta Cinta itu tidak menafikan pertamat hatinya itu juga sudah menanti adik buat sekian lama.
“Sefhia sejak dulu lagi sudah bertanya mengenai adik. Kita cubalah tengok macam mana Allah SWT aturkan, buka lembaran baharu.
Ads
“Saya mohon… Saya tahu ramai yang sayangkan saya dan sentiasa mendoakan yang baik-baik. Nak tengok anak bersama suami dan Sefhia punyai adik. Saya pun mahu, siapa yang tak nak kan? Doa-doakan,” pintanya lagi.
Sebelum ini tular spekulasi Elly kini sedang hamil selepas sebuah video TikTok Suria FM menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump penyanyi tersebut.
Malah sebelum ini menerusi program Muzikal Lawak Superstar, Elly dikatakan kerap memegang perutnya saat mengendalikan program tersebut.
Ads
Elly ditemui ketika majlis pelancaran Program Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Tahun ini, Elly terpilih sebagai sebahagaian daripada kempen Ramadan Astro ‘Skuad Lembaran Baharu’, yang turut dibarisi Alif Satar, Cik B, Radin ERA, Dina Nadzir Sinar, Shah Gegar, Isha Norshsm dan pasangan karekter animasi Islamik popular, Omar & Hana selaku duta.
Imbas kembali, Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu, bintang tersebut dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
https://youtu.be/YA6fTGlxu4E
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kalau bercakap mengenai Uqasha Senrose, ada sahaja isu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya pada mata netizen. Maklumlah, bila sudah bergelar selebriti terkenal, sudah pasti setiap inci hal yang dilakukan akan menjadi buah mulut ramai.
Misalnya beberapa hari lalu, Uqasha ada memuat naik beberapa keping foto sekitar percutiannya di Bali bersama teman. Malah menerusi Insta Stories, pelakon cantik itu turut berkongsi sekitar percutiannya di sana.
Namun apa yang tidak sedapnya, sekeping foto yang dikongsi Uqasha sepertinya ‘mengundang keterujaan’ netizen, khasnya di kalangan lelaki. Ada yang memberikan komen sinis dan tidak kurang yang berbaur lucah, gara-gara posisi gambar yang diambil.
Bagaimanapun, MH tengok gambar tersebut tidaklah keterlaluan sampai boleh ‘berdarah hidung’. Uqasha hanya kenakan skirt labuh kuning. Cuma mungkin baju-T putik yang dipakai itu ibaratnya seperti mengundang imaginasi yang ‘tidak-tidak’ di kalangan netizen.
Apapun, situasi sedemikian bukanlah kali pertama diterima Uqasha. Malah sebelum ini pun, asetnya pun sering menjadi bahan gurauan netizen.
Haih.. sabarlah ya Uqasha. Orang cantik memang selalu tak terlepas dengan dugaan, gitu…
Perkongsian rohani Abby Abadi cukup membuka jiwa dan minda.
Menerusi Instagram, bintang Gerak Khas itu memaklumkan meski iblis alim dan sangat arif dalam ilmu agama, namun sikap ‘aku lebih baik darimu’ memusnahkan segalanya.
Tambahnya lagi, ilmu tidak sepatutnya menyebabkan kita sombong dan menjadi orang soleh.
“IBLIS ITU SANGAT ALIM
“Jika engkau bertanya tentang Al-Qur’an kpd iblis, maka iblis akan bisa menerangkan dgn sangat jelas, kerana iblis tau saat bila masanya ayat itu turun dari langit
“Jika engkau bertanya tentang ilmu hadis kpd iblis, maka iblis akan sangat pandai menjelaskannya, krana iblis tau asbabul wurud dari hadist tsbt
“Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dgn tepat menceritakannya kerana iblis sudah ada sejak nabi adam masih berada dalam surga
“iblis ahli alqur’an… iblis ahli hadist…. iblis ahli riwayat.. iblis alim/pandai dalam segala ilmu…
“Tapi iblis tdk menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat
“AKU LEBIH BAIK DARI KAMU
“Semoga sedikit ilmu yg diberikann Allah Subhana Wa Ta’alla dihati kita tdk menjadikan kita sombong dalam segala urusan
“Juga faham bahwa ilmu tak menjamin orang pasti ta’at dan sholeh.”
Ulas pelakon Gerak Khas ini lagi, sentiasalah muhasabah diri agar hati tidak keras menerima nasihat.
“MUHASABAH DIRI
“Yang aku takut…hatiku kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati
“Yang aku takut…aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.
“Yang aku takut…egoku terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain
“Yang aku takut…aku lupa bercermin, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.
“Yang aku takut…ilmuku akan membuatku menjadi sombong,memandang yang lain berbeza dari aku.
“Yang aku takut…lidahku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aibku yang menggunung dan tak sanggup kubenahi.
“Yang aku takut…aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam berbuat.
“Yang aku takut…aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam membaiki diri sendiri.
“Yang aku takut…aku membenci dosa orang lain, namun saat aku sendiri buat dosa aku enggan membencinya.
“Kiranya Allah Subhana Wa Ta’alla senantiasa menyedarkanku sehingga lebih rajin muhasabah diri daripada mengurusi orang lain yang belum tentu perilaku dan tutur katanya lebih baik dari diriku. Aamiin…
“SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI.Wallahu a’lam Bishowab.”
Selebriti terkenal, Aliff Satar memuji semangat geng basikal ‘lajak’ yang terdiri daripada golongan anak remaja yang sama-sama mengimarahkan solat subuh di sebuah masjid di Batu Ferringhi, hujung minggu lalu.
Menurut Aliff, anak-anak muda ini mampu menjadi aset penting negara sekiranya mendapat sokongan dan dorongan yang betul.
“Geng basikal lajak ni antara yang datang Subuh pagi tadi. Depa kata ‘Kami kayuh sejam mai sini’. Alhamdulillah. Abang bangga dengan adik.
“Mereka inilah masa depan komuniti masyarakat kita. Apa yang mereka perlukan adalah galakkan dan sokongan untuk menyalurkan potensi mereka ke arah sesuatu yang lebih positif,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak ini selayaknya mendapat pujian dan harus dijadikan contoh.
“Kau ingat senang nak bangun sebelum subuh dan kayuh sejam naik basikal yang tiada gear? Ini menunjukkan mereka ni ada kemahuan, keinginan, semangat, dan kekuatan mental fizikal yang power. Hebat!
“Tahniah adik-adik. Teruskan! Semoga Allah SWT terima segalan amalan korang dan permudahkan urusan untuk masa depan!,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa bangga selain turut berharap agar persepsi negatif terhadap anak-anak muda ini dapat diubah pada masa akan datang.
“Hebat mak ayah mereka didik anak-anak. Selain usaha pihak masjid dan kariah, generasi macam ini kena jaga betul-betul.
“Semoga Aliff terus buat kebaikkan dan beri inspirasi kepada yang lain.
“Tak mustahil budak-budak basikal lajak ni nanti pula yang jalankan subuh macam jumaat. Mas itu, Aliff duduk santai je dekat kerusi malas tersenyum sorang-sorang di usia emas mengimbau kenangan manis.
“Generasi masa hadapan. Semoga Allah permudahkan urusan adik ini sentiasa,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Aliff merupakan antara selebriti yang aktif mempromosikan program ‘Subuh Macam Jumaat’ bagi menggalakkan orang ramai untuk sama-sama menjadikan solat subuh berjemaah sebagai rutin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...