Selebriti versatil, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom bersyukur kerana tetap diberi tawaran dalam lakonan.
Terbaru, ibu kepada dua cahaya mata ini memuat naik foto skrip projek baharunya, Sherry Supir arahan Malek Rahman.
Dia pada masa sama juga berkongsi tips yang dilakukannnya tiap kali menerima tawaran lakonan.
“Kepom jadi drebar la dik. Nama pulak Sherry ek. Tak nak kalah walaupun drebar. Nama tak boleh drop dik. Nama kena good-good. Alhamdulillah peluang demi peluang. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
Ujarnya lagi, dia akan membaca skrip sejurus mempunyai masa sendiri selepas menguruskan anak-anak.
“Bila anak-anak dah tidur, baru boleh baca skrip. Buat note bagai. Nape kena buat note bagai? Supaya kau tak tepingga pingga, tak ternganga-ngangga dekat set.
“Yang paling piala ,bila kau tak tahu drama tu cite ape. Kau memang ko memang betul-betul drop la mase tu dik. Ko memang meminta untuk dibaling mesin jahit jenama singer yang dipinjam dari Kak Leha yang duduk di Taman Serabut,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elly Mazlein