Elly Mazlein

Seperti yang sedia maklum, artis versatil Elly Mazlein atau sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Papa Awan Nano.

Tidak mahu mengulas secara terperinci mengenai lelaki yang kini sedang bertakhta di hati, Elly hanya berkongsi lelaki itu lebih muda dari usianya selain berasal dari Pantai Timur.

Malah, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama jejaka tersebut pada tahun 2020.

Perkara tersebut telah dikongsikannya menerusi temu bual bersama media, tidak lama dulu.

IKLAN

Lalu, di entri terkini penyanyi berusia 38 tahun itu, dia kini dilihat sering memberi kredit buat servis yang akan terlibat dalam hari bahagianya kelak.

“Si baju hitam helok ituhhhh bkn papa #AwanNano ye Alhamdulillah.. kek utk #Majlis #Merisik nnti , Papa #AwanNano & kakak lina pilih @madaboutcake_official," tulis Elly sambil disusuli dengan tanda palang #Merisik #Bertunang & PC #MalamBerinai #NikahSanding dan #MajlisSambutMenantuDiKualaKrai.

IKLAN

Dalam pada itu, peminat mendoakan agar segala urusan ibu kepada seorang cahaya mata itu dipermudahkan.

IKLAN
Elly Mazlein Mulai Buat Persiapan, Dedah Majlis Sambut Menantu Langsung Di Kuala Krai, Kelantan

Elly diijakabulkan bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Safhia Azmi, 2 dalam perkahwinan pertama.

Namun pada 15 Oktober 2015, keduanya mengambil keputusan untuk bercerai.

Foto: Instagram Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI