Selepas selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 23 Oktober lalu, Elly Mazlein memaklumkan dia bersama bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen telah selamat pulang di kediamannya pada Ahad.

Pada masa sama, Elly atau mesra disapa Kak Lina memberitahu anak sulungnya, Putri Sara Sefhia turut sama sangat teruja dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga.

Elly Mazlein Selamat Tiba Di Rumah Selepas Bersalin, Rupanya Hari Jadi Cikgu Azlan! “Suami Cakap Hadirnya Haider & Sefhia, Tu Hadiah Paling Bermakna.” Elly Mazlein Selamat Tiba Di Rumah Selepas Bersalin, Rupanya Hari Jadi Cikgu Azlan! “Suami Cakap Hadirnya Haider & Sefhia, Tu Hadiah Paling Bermakna.”

Lebih manis, kepulangan penyanyi yang popular menerusi lagu Merry Go Round itu seiring dengan ulang tahun kelahiran suami yang ke-31, Mohamad Azlan Che Noh.

“Happy birthday Somi (suami). Somi cakap dengan hadirnya Haider dan Sefhia, itu hadiah paling bermakna buatnya.

“Kakak Manja paling excited selama ini. Kakak Manja hanya kenal dua hero hero dalam hidupnya. Siapa lagi, Atuk dan Papa Awan Nano la..,” tulis Elly pada ruangan kapsyen.

Ads

Elly Mazlein Selamat Tiba Di Rumah Selepas Bersalin, Rupanya Hari Jadi Cikgu Azlan! “Suami Cakap Hadirnya Haider & Sefhia, Tu Hadiah Paling Bermakna.” Elly Mazlein Selamat Tiba Di Rumah Selepas Bersalin, Rupanya Hari Jadi Cikgu Azlan! “Suami Cakap Hadirnya Haider & Sefhia, Tu Hadiah Paling Bermakna.”

Di samping itu, Elly juga bersyukur kerana semua urusan bersalin anak kedua telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya.

“Alhamdulillah kali ni hadir seorang lagi hero dalam hidup, Haider. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur syukur Ya Allah.

Ads

“Semoga keluarga kecil kami kekal bahagia, dipermudahkan segala urusan & diRahmati Allah S.W.T Amin. Welcome home Haider Mateen Bin Mohamad Azlan,” tulisnya lagi.

Link posting

Untuk rekod, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.

Ads

Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini mencecah usia lima tahun.

Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020.

Elly Mazlein Selamat Tiba Di Rumah Selepas Bersalin, Rupanya Hari Jadi Cikgu Azlan! “Suami Cakap Hadirnya Haider & Sefhia, Tu Hadiah Paling Bermakna.” Elly Mazlein Selamat Tiba Di Rumah Selepas Bersalin, Rupanya Hari Jadi Cikgu Azlan! “Suami Cakap Hadirnya Haider & Sefhia, Tu Hadiah Paling Bermakna.”

Foto: Instagram Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI