Elly Mazlein Sentuh Isu Lebih Menonjol, Ada Sebab Beri Energi Besar Di GV9; “Umur Saya 42 Tahun, Memang Penat Tapi…”

Share

Elly Mazlein tidak menafikan ada ketikanya dia rasa penat kerana memberikan energi yang besar ketika mengacarakan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) saban minggu.

Elly yang mesra disapa Kak Lina berkata, dia perku berbuat demikian demi memastikan perjalanan program berjalan dengan baik bersama rakan hos.

“Umur saya 42 tahun. Memang penat, tapi niat saya nak kena bawa program ini sebaik mungkin. Macam Tok Ram (Ramli MS) beritahu pada sidang media, kami sebagai hos pun kena ‘perform’, bukan hanya peserta.

“Jadi bagi saya tiada istilah untuk melebih-lebih daripada bintang bertanding, tidak. Sebab saya tahu, kalau kita bawa biasa-biasa, pun kita akan diperkatakan. Saya terpaksa tak fikirkan diri sendiri, yang saya tahu kami nak kena bersama-sama jaga program ini, supaya ia ‘hidup’.

“Memanglah penat, tapi saya tak boleh nak tunjuk kat semua orang yang saya penat. Bila tanggungjawab dah diberikan, saya kena lakukan yang terbaik,” katanya kepada MH.

Bintang yang kini bergelar penyampai radio Era ini bagaimanapun tidak mahu memandang komen diberikan netizen secara sebelah mata.

“Pada masa sama, memang saya hormati pandangan orang luar, tapi kadang-kadang saya terpaksa tutup telinga, saya kena buat ini. Sebab ini memang permintaan dan ini kemahuan. Jadi kena buat.

“Sebab nak galas tanggungjawab ini bukan senang. Susah… Hati kena cekal. Sebab kita ada yang suka dan tidak. Nasib baliklah untuk saya, rasanya lebih ramai yang suka. Walaupun ada yang kecam, ada yang bidas balik.

“Saya tak minta mereka untuk berbalah. Cuma saya berterima kasih kalau ada yang tak mahu saya rasa ‘down’. Saya tak risau pada netizen yang tak suka. Sebab pada saya, masing-masing ada pendapat sendiri.

“Saya kenalah terima. Tinggal lagi macam mana saya nak mengawal perkara itu,” katanya yang akui ada membawa komen yang ditinggalkan netizen di media sosial demi memperbaiki diri.

Artikel Berkaitan;

“Elly Mazlein Seorang Yang Mewarnakan Pentas,” – Pak Nil Sentuh Cara ‘Agresif’ Elly Di GV9, Ulas Isu Orang Banding-Bandingkan

“Sila Tag Kak KM, Apa Ntah Nama Dia,” – Elly Mazlein Kongsi Pendapat Isu ‘Tutup’ Wajah Anak

“Saya Bersyukur Sebab Allah Gantikan Suami Yang Sangat Baik,” – Elly Mazlein Kenang Kisahnya, Ingat Pesan Arwah Mama

Terdahulu, cara Elly mengendalikan program realiti tahunan itu merima reaksi berbelah bahagi. Ada yang suka malah tak kurang yang menyifatkan caranya sebagai ‘over’ hingga menyebabkan dia lebih menonjol berbanding yang lain.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH