Elyana Kena ‘Sound Keras’ Elok M*mp*s, Tak Tahu Bersyukur, Tuan Badan Tenang Jawab; “Semoga Awak Dipanjangkan Umur.”

Share

Penyanyi Elyana berkongsi salah satu komen yang diterimanya di media sosial baru-baru ini.

Komen berkenaan ditulis individu menerusi sepotong video persembahan yang dimuatnaik Elyana.

“Orang macam ni elok m*mp*s je, tak tahu bersyukur. Allah dah bagi sambung nyawa. Tak payahlah agung-agungkan minah ni!,” tulis komen tersebut.

Lalu, Elyana secara diploasi membalas dengan mendoakan kesejahteraan pengguna media sosial berkenaan.

 

“Semoga awak dipanjangkan umur, dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat,” balas Elyana.

Tangkap layar tersebut dikongsikan penyanyi lagu Tapak Sulaiman ini di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, peminat turut meninggalkan reaksi yang pelbagai susulan komen ‘keras’ yang diberikan individu tersebut.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar tidak lagi bertudung di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH