Walaupun perjalanan anak seni, Elyana yang terkenal dengan lagu Kalis Rindu ini agak perlahan berbanding sebelum, dia seakan tidak percaya apabila peminatnya masih sudi memberi perhatian padanya.
Katanya, dia terharu dan langsung tidak sangka masih ada peminat yang mengikuti perkembangannya dan sentiasa memberi respons terhadap posting-postingnya.
Baru-baru ini, Elyana kerap kongsi rasa kekecewaannya di Instagram terhadap sesuatu perkara. Pun begitu, dia masih menerima banyak kata-kata semangat daripada peminatnya.
Melalui sebuah temu ramah di Berita Harian, Elyana ada berkongsi cerita…
“Secara jujur, saya akan berkongsi status jika ‘down’ (murung), bukan sekadar memuat naik perkara yang menggembirakan di media sosial. Kadang kala, saya tidak tahu bagaimana hendak meluahkan (perasaan), jadi akaun Instagram dijadikan medium berkongsi kesedihan.
“Tidak sangka ramai yang memberi kata-kata semangat selepas melihat perkongsian saya. Sikap positif yang ditunjukkan netizen menerusi mesej yang diterima menguatkan kembali semangat ini,” katanya.
Namun walaupun sering berkongsi segala perkembangan di sosial media, Elyana berkata dia bukanlah sehingga tahap ketagih. Sebaliknya hanya sekadar mengisi kekosongan waktu.
“Saya sebenarnya buta teknologi. Jadi apabila diperkenalkan dengan aplikasi ‘Insta Story’, saya seronok menggunakannya. Namun, tidaklah hingga saya ketagih dengan Instagram, cuma sekadar mengisi kelapangan.
“Apa yang peliknya, ramai yang bertanya gkepada saya sekiranya satu hari tidak memuat naik apa-apa di ‘Insta Story’. Tidak sangka saya dikenali kerana sering berkongsi rutin di media sosial pula,” katanya lagi pada BH Online.
Wah sampai tahap macam tu sekali ya orang follow Elyana, apa pun harap-harap Elyana dalam keadaan yang baik dan janganlah sedih-sedih selalu ya.
SUMBER : BH Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI