Penampilan terbaharu pelakon Emma Maembong menarik perhatian netizen selepas dia tampil dengan imej berambut pendek.
Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 30, memuat naik video yang memaparkan perubahan rambutnya dari panjang melepasi paras bahu menjadi pendek paras telinga.
Menerusi video yang dimuat naik Emma di laman Instagram miliknya itu, dapat dilihat pelakon berkenaan begitu gembira dengan gaya rambutnya yang baharu.
Peminat turut memuji kecantikan Emma yang kelihatan lebih muda dengan rambut pendek.
“Nampak muda la Emma.
“Ada drama baru ke sampai potong rambut pendek ni? Tapi cantik betul.
“Ada anak memang akan potong rambut pendek, mesti dia rimas dengan rambut gugur,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, penampilan Emma sentiasa menjadi perhatian warga maya terutama berhubung isu pemakaian seksi yang dikatakan tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu.
Sekadar info, Emma berkahwin dengan Muhammad Shazli Azahar pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan, aktres kacukan Melayu-Inggeris itu dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Emma Maembong