Tahniah diucapkan buat pelakon Emma Maembong yang telah selamat bersalin anak lelaki kedua pada pagi Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman Instagram milik suaminya, Shazli Azhar.
Bayi seberat 3.4 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
“Alhamdulillah Emma, kita dapat seorang lagi bayi lelaki seberat 3.4 kilogram. Bersalin secara normal, Allah Maha Besar.
“Shariq dah jadi abang sekarang!” tulis Shazli di ruangan kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan Shazli, ia memaparkan wajah anak kedua mereka sambil Emma dilihat memangku dan mencium puteranya itu.
Untuk rekod, Emma berkahwin dengan Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masih Ketakutan Malam Tak Dapat Tidur, Sebelah Katil Dengan Pisau,” – Rumah Dimasuki Pencuri, Azharina Azhar Trauma
Penyanyi Azharina Azhar mendedahkan dia masih lagi berada di dalam ketakutan apabila bercakap mengenai insiden rumahnya dipecah masuk individu tidak dikenali baru-baru ini.
Menurut Azharina ketika kejadian, dia menyedari kediamannya dipecah masuk pencuri apabila mendengar bunyi orang sedang membuka peti besi yang disimpan di rumahnya.
“Rumah saya memang sunyi. Jadi, saya dapat dengar dengan jelas ada orang cuba membuka peti besi dan pada ketika itu, jam sudah menunjukkan lebih 11 malam.
“Saya yang berada di ruang pejabat lari masuk ke bilik anak saya, Rahmat dan kunci pintu bilik. Saya hubungi jiran saya untuk meminta bantuan,” katanya memetik Harian Metro.
Jirannya kemudian keluar dan dia dapat mendengar penjahat itu berlari turun ke tingkat bawah rumahnya.
“Dalam keadaan ketakutan, saya hubungi jiran saya, namun dia tak dapat masuk melalui pintu depan kerana ia berkunci. Jadi, saya terpaksa membawa Rahmat keluar melalui tingkap dan melalui bumbung rumah yang bersambung dengan rumah jiran.
“Jiran saya membantu menyambut anak saya dan saya perlu lari masuk semula ke dalam rumah untuk membuka kunci pintu di tingkat bawah.
“Jiran bersama pengawal keselamatan datang membuat pemeriksaan, namun penjahat itu sempat melarikan diri,” katanya.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana tidak ada sebarang kecederaan berlaku.
“Pada ketika itu, dalam fikiran saya hanyalah keselamatan anak saya. Mujur tak ada sebarang kecederaan.
“Penjahat itu tidak sempat membuka peti besi yang besar. Cumanya, satu peti besi kecil terkunci secara automatik kerana dia tak dapat membuka sebanyak tiga kali.
“Ada kesan umpil pada peti besi itu dan ia menguatkan lagi bukti bahawa memang ada orang yang pecah masuk ke dalam rumah saya,” katanya.
Azharina juga meluahkan rasa hairan kerana rumahnya dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri keselamatan, tetapi turut dipecah masuk.
“Saya sendiri tak faham, bagaimana penjahat ini boleh masuk ke rumah sedangkan semua pintu dan tingkap dipasang dengan alat penggera.
“Lagi satu, kawasan perumahan saya adalah kawasan berpengawal dan jarak dari pos kawalan ke rumah saya hanya sekitar 20 langkah saja. Tapi, masih lagi ada insiden sebegini,” katanya.
Sementara itu menerusi satu posting Azharina yang dikemas kini di Facebook, bintang itu mengakui trauma memikirkan soal keselamatannya sekeluarga.
“Masih ketakutan malam tak dapat tidur. Sebelah katil dengan pisau. Trauma keselamatan nyawa anak beranak di rumah,” tulisnya.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Sulung Fedtri Yahya Cemerlang 8A Ujian Penilaian Kelas KAFA 2023
Personaliti televisyen dan radio terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi berita gembira apabila anak sulungnya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.
Pengacara berkaliber itu terdahulu memuat naik tangkap layar keputusan anaknya yang menampilkan slip digital keputusan penuh 8A.
Bersama hantaran itu, dia menulis, “Keputusan UPKK sudah keluar. Ya Allah… Syukur! Tahniah kakak. Kakak kerja keras. Rezeki nak masuk umur baru tak lama lagi. Sebak menangis mama dan daddy hari ini. Syukur.”
Kemudiannya dalam satu lagi hantaran yang berbeza, bapa kepada empat cahaya mat aitu memuat naik video reaksi anak sulungnya apabila mendapat tahu dia memperoleh keputusan cemerlang.
Dalam video berkenaan dapat dilihat Fedtri memberikan telefon bimbit kepada Indah Sutera Jannah agar membuka keputusannya sendiri.
“Kejayaan kecil hari ini untuk yang lebih besar pada masa hadapan. Amin, kakak tak sangka dapat 8A.
“Sebab katanya subjek Sirah agak payah. Apa-apa pun syukur. Contoh terbaik untuk adik-adik,” titip pengacara Jejak Rasul itu bersama hantaran tersebut.
Sehingga kini video yang dimuat naik itu menerima lebih 33 ribu tanda suka dan ditonton lebih 360 ribu kali.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fattah Amin Rasa Syukur Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-30, Dedah Fazura Bakal Bersalin Beberapa Minggu Lagi
Pelakon, Fattah Amin meluahkan rasa syukur di atas kurniaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tahun.
Dalam pada itu, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin Bersyukur kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki di tanah suci Mekah sebelum berlakunya pandemik Covid-19 seluruh dunia.
“Alhamdulillah kami di beri kesempatan untuk menjejaki bumi Allah Mekah sebelum pandemik covid melanda dunia.
“Antara doa yang kami mohon ialah semoga dikurniakan zuriat. Subhanallah… Allah Maha Besar.
“Sekembalinya dari tanah suci, Isteri saya hamil dan zuriat kami dikurniakan tepat pada masanya.
“Tinggal beberapa minggu lagi sebelum hadirnya #KirimanAgung dari Allah SWT buat kami.
“InshaAllah. Di kesempatan sempena hari lahir ini, saya bermohon doa dari kalian semua semoga semuanya di permudahkan Ilahi. 🤲✨✨✨ @missfazura
Swipe left untuk sambungan video,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar bintang drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu dipanjangkan umur dan sentiasa berbahagia di samping keluarga.
Sekadar informasi, Fattah telah dilahirkan pada 14 September 1990 dan mendirikan rumah tangga bersama Fazura pada 27 November 2017.
Video: Instagram Fattah Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI